landing page - Azbi Centre
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

BOLEH KLIK UTK CALL: 012-903 5992

HUBUNGI: 012-903 5992

KENAPA MESTI AZBI CENTRE

1

MEKANIK BERPENGALAMAN

Sejak tahun 2008, kami mula beroperasi dengan misi membantu pengguna memahami teori dan teknikal sistem aircond kereta melalui mekanik kami yang terlatih dan berpengalaman untuk kepuasan setiap pelanggan.

3

PEMERIKSAAN PERCUMA

azbi centre menyediakan pemeriksaan percuma untuk mana – mana kereta yang mengalami masalah air cond kereta.

4

KAMI SEDIA MEMBANTU

Kenalpasti masalah sebenar aircond kereta anda, kenalpasti solusi terbaik dan kami pastikan setiap nilai perbelanjaan yang anda keluarkan berbaloi.

2

ALAT GANTI BERKUALITI

Jaminan kami untuk setiap alat ganti yang diberikan adalah berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pembekal.

KENAPA WAJIB SERVIS AIRCOND KERETA???

Sistem aircond kereta kehilangan kecekapan 20% setiap tahun. untuk memastikan sistem aircond kereta terawat dengan baik, harus diservis setiap setahun dan beroperasi sekurang-kurangnya 5 minit setiap minggu.

Melalui kajian kami,  87% pemilik kereta melakukan kesilapan dengan mengabaikan penjagaan sistem aircond kereta mereka sehingga mengakibatkan jangka hayat sistem aircond kereta tidak boleh bertahan lama dan memberi kesan terhadap kos baikpulih yang terpaksa dikeluarkan.

JENIS KERETA 

Kami menyediakan perkhidmatan terbaik dalam perkhidmatan aircond kereta kepada semua kenderaan. Antara kereta yang menjadi kepakaran kami adalah :

 

  • Perodua Myvi
  • Perodua Alza
  • Proton Persona
  • Proton Exora
  • Proton Saga
  • Toyota Vios
  • Nissan Almera
  • Toyota Vellfire
  • Nissan Grand Livina
  • Toyota Alphard
  • Toyota Wish
  • Toyota Innova
  • Honda Civic
  • Honda Accord
  • Dan Lain-lain Model

JENIS KERETA 

Kami menyediakan perkhidmatan terbaik dalam perkhidmatan aircond kereta kepada semua kenderaan. Antara kereta yang menjadi kepakaran kami adalah :

 

  • Perodua Myvi
  • Perodua Alza
  • Proton Persona
  • Proton Exora
  • Proton Saga
  • Toyota Vios
  • Nissan Almera
  • Toyota Vellfire
  • Nissan Grand Livina
  • Toyota Alphard
  • Toyota Wish
  • Toyota Innova
  • Honda Civic
  • Honda Accord
  • Dan Lain-lain Model
calendar_459-173
0
Tahun Pengalaman
conference-hall
0
Staff Berpengalaman
done
0
Aircond kereta Diservis
calendar_459-173
0
Follower Azbi Centre

JOM TENGOK VIDEO NI

SOAL JAWAB MASALAH AIRCOND KERETA

Ikut pengalaman kami & Jadual yang dikeluarkan syarikat Denso, berikut Jadual terbaik untuk Servis Aircond Kereta.

Mengikut Mileage Meter :
Minor Servis – 30,000km
Major Servis – 60,000km

Pengalaman Azbi Centre :
Minor Servis – 1 Tahun Sekali
Major Servis – 2 Tahun Sekali

*jika nak hasil yang terbaik & mudah untuk anda susun jadual boleh buat minor servis 1 tahun sekali kos juga lebih murah jika di Azbi Centre

Ramai yang ingat servis aircond kereta adalah cuci & tambah gas sahaja. Sebenarnya ini yang sepatutnya anda buat untuk hasil yang berkualiti selepas servis.

Servis aircond kereta :-
1- Tukar Filter Drier / tabung gas *wajib
2- Tukar Expansion Valve *wajib
3- Tukar Gas Baru *wajib
4- Tambah Minyak Compressor *depend
5- Tukar Cabin Air-Filter *depend
6- Cuci Chemical *depend
7- Test & Check sistem keseluruhan *wajib

Sebenarnya tiada harga kawalan yang ditetapkan. Cuma apa yang boleh kami kongsikan, harga akan bergantung kepada masalah sebenar aircond anda, lagi kronik masalah, lagi besar kos. Cuma pastikan buat dikedai yang betul supaya boleh jimat dengan repair komponen yang rosak sahaja.

*nasihat kami seeloknya anda check dulu apa yang sebenarnya yang rosak baru repair untuk mengelakkan kerugian kerana salah repair.

Compressor tak berfungsi
– Fius terbakar (masalah wiring)
– Gas habis (bocor)
– Magnet Clutch terbakar (sistem sumbat)
– Compressor Lose Power

Kebiasaannya kalau sistem aircond kereta sejuk ikut cuaca ni, hanya perlu buat servis sahaja. Masalah ini berlaku kerana

– Valve tersumbat
– Reciever Drier tersumbat
– Cooling Coil kotor
– Compressor berat sebab sistem sumbat
*nasihat kami dapatkan penerangan dari mekanik berpengalaman. Untuk mengelakkan kerugian repair perkara yang tak berkaitan.

Secara asas, gas tidak akan habis jika tiada kebocoran pada sistem. Untuk masalah diatas bermakna ada komponen yang bocor, disini kami senaraikan kategori bocor mengikut ketahanan gas dalam sistem :-

Gas tahan selama 3 bulan :-
– Check Condensor
– Check Cooling Coil
– Check Suction Hose
– Check O’ring
Gas tahan selama 1 bulan :-
– Check Cooling Coil
– Check Compressor
– Check Discharge Hose
– Check Pressure Swicth

*pastikan tukar komponen yang bocor sahaja. Biasanya kawasan yang bocor akan ada kesan berminyak. Dapatkan penerangan pakar

Untuk simptom macam ni, kemungkinan masalah dah kronik. Antaranya :-

– Compressor Tak kuat (rem minyak baru sejuk)
– Kipas Condensor (tak cukup laju / langsung tak running)
– Compressor Lose Power (tahap kronik minyak compressor hitam)

*Nasihat kami sebaiknya check dulu apa masalah sebenar aircond kereta anda. Supaya tidak menanggung kerugian yang lebih besar!

Penting bila ada masalah aircond kereta, anda wajib hantar ke pusat servis aircond yang jujur & berpengalaman. Ini memudahkan anda untuk mendapat jawapan sebenar bagi masalah aircond kereta anda.

Ini kemungkinan bagi masalah diatas :-
– Compressor running tak cantik jika semasa anda tukar tempoh hari anda tak tukar sekali Condensor
– Gas kurang
– Mungkin kena buat servis
*sebaiknya dapatkan semula penerangan dari kedai yang anda repair kerana mekanik yang buat akan lebih mudah mencari punca masalah berdasarkan rekod sebelum ini.

kesilapan ramai pengguna, nak tunggu aircond tak sejuk baru buat servis, itu menyebabkan sistem mungkin dah terlalu lama berat & tersumbat. Ini menyebabkan tekanan compressor boleh menjadi “High Pressure” dan boleh jadi punca compressor “lose power”

*nasihat kami jika dah sampai 3 tahun maksimum wajib pergi buat servis untuk mengelakkan kerosakan berganda dan melibatkan kos baikpulih yang banyak kerana masalah sudah semakin melarat. Namun pastikan hantar di pusat servis yang berpengalaman.

Kebiasaanya masalah macam ni disebabkan sistem aircond yang tersumbat, jika tiada masalah lain hanya perlu buat servis dengan cara yang betul inshaallah sistem akan kembali normal.

*nasihat kami sebaiknya dapatkan penerangan dari mekanik yang berpengalaman untuk memastikan tahap sebenar masalah aircond kereta anda

Kebiasaanya masalah macam ni disebabkan sistem aircond yang tersumbat kerana “valve” tidak berfungsi dengan sempurna menyebabkan bahagian cooling coil menjadi tersumbat & kotor paling teruk menjadi beku atau “Freeze”. jika tiada masalah lain hanya perlu buat servis cuci cooling coil dengan cara yang betul inshaallah sistem akan kembali normal.

*nasihat kami sebaiknya dapatkan penerangan dari mekanik yang berpengalaman untuk memastikan tahap sebenar masalah aircond kereta anda

” Kesilapan Utama Pemilik Kereta Tak Jaga Servis Aircond Kereta Dengan Betul, Hanya Kerana Nak Jimat RM 100 Akibatnya Rugi RM 3,000 Bila Masalah Dah Makin Kronik! “

 

JAMINAN YANG KAMI BERIKAN UNTUK ANDA

11

Punca Masalah Sebenar Aircond Kereta Anda?

Ramai yang tersilap repair & habis ribuan ringgit namun masalah aircond kereta tak selesai. Sepatutnya anda kena check sebaik mungkin apa Masalah sebenar aircond kereta anda. Mekanik Kami akan pastikan sebaik mungkin anda tahu dan faham apa punca sebenar masalah aircond kereta anda.

12

Apa Solusi Terbaik Aircond Kereta Anda?

Setiap masalah berbeza cara penyelesaian. Ada komponen yang wajib ditukar apabila tukar compressor, hanya mekanik yang berpengalaman yang tahu mengikut kondisi sistem aircond kereta anda. Anda tidak perlu risau kerana mekanik kami akan bantu anda buat keputusan yang terbaik.

13

Apa Hasil yang Anda Dapat?

Kualiti baikpulih aircond kereta bergantung pada tahap pengalaman mekanik yang membuatnya. Kami pastikan setiap sen yang anda keluarkan akan mendapat hasil sejuk yang Tip-top supaya anda sangat berpuashati. Lagi besar kos anda belanjakan, lebih berkualiti kesejukan yang anda dapat.

APA KATA PELANGGAN KAMI

Terima kasih Azbi Centre, kereta bro sekarang sejuk sejahtera, keluar duit lebih sikit takpe janji puas hati, sebelum ni dah pergi 3 bengkel , semua tak tahu punca, katanya buka dulu dashboard semua kita tengok mana bocor, pergi je azbi centre , check pakai angin, dah tahu mana bocor, korang mmg pakar, bro satute.

Imran Ibnu Othman
Rating: 10

baru je g bengkel diorang, dalam kepala otak dah putus asa dah, mesti terbang duit nak kena tukar compressor ni (bengkel lain cakap), sekali diorang check button panel je problem. serius respect brother-brother nie jujur, saran korang g sini je la repair aircond kereta.

Harkym Zin
Rating: 10

 saya pernah servis aircond kereta kat azbi centre 2 tahun lepas. Servis terbaik, setiap masalah aircond kereta saya di jelaskan dengan terperinci, tak pernah lagi saya repair apa-apa yang dapat penjelasan detail macam tu. azbi centre memang terbaik!!! 

Zachary Zach
Rating: 10

BUAT TEMUJANJI PERCUMA SEKARANG DI CAWANGAN AZBI CENTRE SELEURUH MALAYSIA!

Pemeriksaan Aircond Kereta Adalah Percuma!

hubungi careline kami di 012-9035992 bagi medapatkan khidmat nasihat mengenai aircond kereta ataupon klik button untuk terus whatsapp kami

Dapatkan Pemeriksaan Aircond Kereta Percuma

hubungi careline kami di 012-9035992 bagi medapatkan khidmat nasihat mengenai aircond kereta ataupon klik button disebelah untuk terus whatsapp kami

ARTIKEL

Back To Top