PUNCA AIRCOND KERETA BISING SETIAP KALI DIHIDUPKAN
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

PUNCA AIRCOND KERETA BISING SETIAP KALI DIHIDUPKAN

Sistem penyaman udara (AC) kereta direka untuk membuatkan anda rasa sejuk dan selesa apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia juga direka untuk beroperasi dengan senyap dan tidak mengganggu pemanduan. Bagaimanapun, jika kereta berdetar seakan seperti bunyi gegaran apabila menghidupkan AC, kereta anda mungkin mengalami beberapa masalah.
.
.
Secara teknikal, AC kereta beroperasi dalam sistem berbeza dan dipasang pada enjin menggunakan tali sawat serpentin (belting) yang bertanggungjawab memusingkan puli (pulley) pada kompresor AC. Kemudian, kompresor AC pula akan dilekap atau dinyahlekapkan oleh klac elektromagnet supaya udara dapat disejukkan.
.
.
Gambar rajah di dalam bahagian Kompresor.

https://3.bp.blogspot.com/-DkUHUB9PiQw/VjvdAqwLBjI/AAAAAAAACBc/luiEwSVw53A/s1600/s10.jpg

Jika anda menghidupkan AC dan terdengar bunyi detar, penyaman udara anda mungkin mengalami :

1. KOMPRESOR

Kompresor anda mula menunjukkan tanda kerosakan apabila mengeluarkan bunyi detar. Anda boleh mendengar dengan cara membuka bonet kereta dan meneliti arah datangnya bunyi tersebut.. kebiasaan sekiranya bunyi tersebut dari kompresor itu tanda kompresor anda sudah dalam keadaan keadaan tidak bagus.. Ini kerana bunyi tersebut datang daripada piston kompresor yang bergesel dengan badan dalam bahagian kompresor.

2. PULI

Jika bering puli kompresor rosak, ia boleh menyebabkan bising seperti bunyi keriut, menderam atau berkiut.

3. TALI SAWAT

https://d3vl3jxeh4ou3u.cloudfront.net/SBF%20serpentine%3Adrive%20belt.jpg
Tali sawat serpentin yang sudah haus akan teranjak apabila kompresor melekap, sekali gus menyebabkan bunyi bising.. Jika tali sawat dalam keadaan longgar boleh menyebabkan bunyi jadi pastikan pasang tali sawat dengan betul untuk mengelakkan bunyi bising bila dihidupkan aircond kereta anda.

4. PULI MELAHU (IDLER PULLEY)

Bunyi bising apabila penyaman udara dihidupkan boleh jadi berpunca daripada puli melahu disebabkan kerosakan bering. Biasanya, bunyi bising mula terdengar apabila kompresor diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.

5. KLAC KOMPRESOR

klac-kompresor
Klac kompresor ialah alat ganti yang lasak. Jika haus, ia boleh menyebabkan bunyi detar semasa penyaman udara beroperasi. Penyelesaiannya, sesetengah kenderaan cuma perlu menggantikan klac, dan ada sesetengah kenderaan lain memerlukan anda menggantikan klac dan kompresor.
.
.
Sebenarnya, ada banyak punca kereta anda berbunyi apabila AC dihidupkan. Ingat, apabila AC diaktifkan, enjin kereta sedang berada dalam situasi terbeban. Justeru beban itulah yang boleh menyebabkan bunyi detar daripada benda-benda seperti puli pam stereng kuasa dan alat-alat ganti yang sudah haus dan lusuh. Malah, bonet longgar juga boleh mengalami detaran yang disebabkan getaran dihasilkan operasi AC.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 2 Comments

  1. Salam. Saya pakai honda edix. Ac berbunyi bila waktu siang selepas berjemur panas. Semasa di lampu isyarat lagi kuat berbunyi. Waktu pg dan malam tiada bunyi.

    1. waalaikumusalam, untuk masalah bunyi team kami kena buat pemeriksaan dahulu untuk kenalpasti punca sama ada dari compressor atau belting atau bahagian lain tuan. sekiranya ada kelapangan masa boleh singgah di cawangan kami yang terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =

Back To Top