Proton X70 bukan pakai enjin Volvo!
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

Proton X70 bukan pakai enjin Volvo!

Memandangkan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) berkolaborasi dengan anak syarikat milik penuh Volvo Car Group (Volvo) ramai ingat enjin Proton X70 ni pakai enjin Volvo…

aircond kereta
PROTON X70

Jawapanya tidak sama sekali tuan-puan-abang-kakak… Baca lanjutan di bawah, abg Azbi share sedikit sebanyak..

Mereka mengumumkan “Penggabungan operasi enjin pembakarannya yang sedia ada untuk menubuhkan sebuah unit perniagaan utama dunia yang akan berusaha untuk membangunkan sistem pembakaran dan sistem hibrid generasi seterusnya.”

AIRCOND KERETA
PROTON X70

Ok cun! Ini memang satu sisi berita baik untuk Proton kerana Geely memiliki sebahagian daripada Proton dan dengan operasi penggabungan enjin ni dan akan membawa teknologi enjin Volvo kepada Proton pada masa akan datang.

Berbalik pada Proton X70 tadi… produk Geely yang dijual dengan lencana Proton hanya Proton X70 dan SUV ini tidak mempunyai enjin yang dibangunkan oleh Volvo.

Dan pasti lah Proton X70 ini bukan produk usahasama dengan Volvo yang dijual dalam pasaran domestic kita…

Sedangkan hakikatnya Proton X70 merupakan produk yang menggunakan enjin dan rekaan yang dihasilkan Geely dan rekaan dalamannya sahaja mendapat sentuhan daripada Volvo.

Bukan enjin yaa….

aircond kereta
PROTON X70

Ramai yang dimomokan atau dimaklumkan Proton X70 menggunakan produk kejuruteraan Volvo yang dibuat di China untuk Geely, kemudian di eksport ke Malaysia sebagai produk Proton untuk harga yang sewajarnya.

Ini maklumat palsu yang disampaikan kepada rakyat Malaysia hingga membuatkan mereka memiilih untuk membeli Proton X70.

Walau bagaimana pun Jurutera Geely telah pun menghasilkan sesuatu yang membanggakan setanding dengan produk SUV Jepun atau Korea dari aspek kualiti hiasan dalaman, pengendalian, ketahanan, casis dan dijual pada harga yang lebih kurang sama.

Namun anda perlu tahu faktanya, Proton SUV X70 tidak menggunakan enjin Volvo, begitu juga dengan “gearbox” atau sistem 4×4.

Cuma sentuhan dalaman sahaja rekaan daripada Volvo…

Abg Azbi harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat! Pastikan maklumat yang korang dapat tu betul2 sahih, baru lah senang nak buat keputusan yg betul

Apa-apa pun Proton X70 memang sempoi!

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − one =

Back To Top