PPT AMALI – SKM 3 - Azbi Centre
skip to Main Content


Anda Seorang PEKERJA BENGKEL KERETA?
Anda Seorang USAHAWAN AUTOMOTIF?
Berpengalaman Sekurang-Kurangnya 3 TAHUN?
Atau Langsung Tiada Pengalaman?
Anda Mahukan Sijil SKM yang diiktiraf oleh KERAJAAN?

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

APA KEPENTINGAN SKM?

Semua jenis pekerjaan bersifat teknikal harus miliki sijil kemahiran ini, sekarang masih longgar menyebabkan bidang teknikal sebahagiannya dimonopoli pekerja asing, contohnya sektor ubah suai rumah di kawasan perumahan dikendali pekerja asing yang tidak miliki kemahiran yang diperakui badan profesional”

Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Menteri Sumber Manusia,
Kementerian Sumber Manusia

APA ITU PPT AMALI?

PPT-Amali ialah pengiktirafan pencapaian terdahulu. Dimana calon diminta untuk melakukan tugasan mengikut bidang yang dipilih dan melaksanakan tugasan tersebut didepan pegawai penilai yang dilantik oleh JPK.

MENGENAI PPT

APA ITU PPT?

Pengiktirafan PencapaianTerdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Siapa yang layak diberi pengiktirafan?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Siapa yang boleh memohon ?

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal). 

Apakah bidang yang boleh dipersijilkan melalui PPT?

Permohonan adalah dibuka kepada semua bidang yang tersenarai di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)kecualibidang-bidang berikut, iaitu Senarai NOSS yang tidak boleh di persijilkan melalui PPT

KELEBIHAN PPT - AMALI SKM

1. Memperolehi sijil dalam masa yang singkat tanpa perlu kelas latihan, & menduduki ujian yang formal

2. Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan anda memerlukan kelayakan yang diiktiraf untuk peluang kenaikan pangkat.
3. Peluang yang lebih luas untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti DKM & DLKM.

APAKAH FAEDAH YANG BAKAL DIPEROLEHI?

Faedah kepada individu

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunankerjaya.

Faedah kepada majikan

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  • Meningkatkan imej syarikat

Faedah kepada negara

  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara

SYARAT PENYERTAAN

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

DAFTAR SEKARANG untuk PPT-Amali di Azbi Academy!

10 orang yang terawal kami akan kongsikan ilmu :

“Rahsia Azbi Centre buka 6 Cawangan Dalam Masa 3 Tahun”

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?

BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES AIRCOND KERETA?

Ramai yang ingin berniaga, buka bengkel. Tapi tak berani atau takda modal. Boleh ke buka kedai tanpa modal?

BAGAIMANA MENCARI PEKERJA YANG BETUL?

Ini masalah utama ramai pemilik workshop.

Customer tak susah nak cari, tapi pekerja susah nak dapat.

Bila dapat macam-macam hal, yang dah pandai berhenti samada buka bengkel sendiri atau terima tawaran kerja lebih baik.

Tinggalah kita terkontang-kanting sorang2..penat kan?

Kami dedahkan bagaimana nak cari pekerja yang betul dan

boleh jadi Team kita dan kekal dengan kita. 

BAGAIMANA MAHU MEMBUKA CAWANGAN?

Impian semua pemilik bengkel, dari 1 cawangan jadi 2, 3 dan terus berkembang. Tapi ada yang dah 10 tahun berniaga bengkel. Masih lagi satu cawangan.

Kami BONGKARKAN bagaimana Azbi Centre dalam masa 3 tahun buka 6 cawangan. Real case study. Belum pernah kami dedahkan sebelum ini.

BAGAIMANA MENCARI BUSINESS PARTNER?

Salah satu sebab kenapa pemilik bengkel tak boleh berkembang. Atau pun penat bekerja, sebab anda buat seorang diri. Memanglah penat bila anda buat sorang2..

Tapi MACAM MANA NAK CARI PARTNER YANG BETUL? Banyak bisnes tutup sebab masalah dengan partner. Bisnes bagus, tapi partner bermasalah.

Azbi Centre kami ada 4 orang partner. Bagaimana kami terus kekal hingga hari ini? Kami dedahkan dalam kelas nanti.

BAGAIMANA MENGURUSKAN BENGKEL DENGAN BERSISTEM?

Bisnes yang TIDAK ADA SISTEM, ia berisiko akan ‘TUTUP’. Sebab terpaksa bergantung dengan pemilik bisnes untuk ia terus beroperasi.

6 Cawangan Dalam masa
3 Tahun

Bagaimana Azbi Centre berjaya buka 6 cawangan dalam tempoh 3 tahun adalah melalui sistem. Kami akan kongsikan kepada anda. Ilmu yang kami akan dedahkan sangat mahal dan bernilai. Ia adalah pengalaman sebenar kami ketika membangunkan Azbi Centre.
Kenapa saya kata begitu? Sebab anda tak perlu lalui semua kesilapan seperti kami, Azbi Centre pernah rugi di peringkat awal sebanyak RM300,000 akibat ditipu! Kami hampir terkubur waktu itu. So, berapa Yuran kebijaksanaan untuk kelas ini? Yuran  asal untuk modul ini adalah RM3,000 Tapi..
Semua yang diatas ini kami akan kongsikan SECARA PERCUMA!! khas untuk 10 ORANG yang terawal mendaftar. Jadi apa tunggu lagi? JOM Daftar sekarang!
Back To Top