5 MASALAH AIRCOND KERETA TAK SEJUK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

5 MASALAH AIRCOND KERETA TAK SEJUK

Masih ramai lagi pengguna kereta yang mengabaikan penjagaan aircond kereta mereka, kebiasaanya pengguna kereta lebih mementingkan penjagaan enjin kereta. Tetapi, pengguna kereta juga perlu menitik berat tentang pemeriksaan dan servis aircond kereta atau penyaman udara kereta juga perlu dijaga diperiksa dan perlu servis secara berjadual.

AIRCOND KERETA TAK SEJUK

Sistem aircond kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh Compressor. Gas ini akan mengalir melalui condenser dan seterusnya akan melalui ke cooling coil yang berada di dalam bahagian kereta dan dibantu oleh blower yang akan meniup angin melalui cooling coil dan mengeluarkan angin yang bersuhu sejuk.

Secara asas begitulah kesimpulan pusingan sistem aircond kereta. Untuk menjaga kualiti aircond kereta pada jangka masa yang panjang. Sistem aircond kereta perlu dijaga servis setiap tahun dan ini tips penjagaan untuk sistem aircond kereta.

AIRCOND KERETA TAK SEJUK

1. Tak Jaga Servis Aircond Kereta.

Sebenarnya kalau anda jaga servis aircond kereta setahun sekali adalah sangat baik jika aircond kereta kerap digunakan. Bukan saja boleh jaga cooling coil tahan sampai maximum 10 tahun, komponen lain pun boleh tahan lama. Terutama Compressor pun boleh tahan 10 tahun. Banyak sangat Boleh JIMAT!

2. Tak Tukar Cabin Air-Filter  Aircond Kereta.

Jika kerap guna aircond kereta, amat penting untuk anda jaga penapis angin atau cabin air filter aircond kereta dengan cara membersihkan minimum 2 bulan sekali dan boleh tukar sekali cabin air flter 6bulan sekali. Kalau tak jaga ia boleh jadi punca cooling coil terlalu kotor dan angin blower tak kuat, sebab tu aircond kereta tak berapa sejuk. Lebih parah lama kelamaan cooling coil boleh bocor. Kos repair mmg akan MAHAL!

AIRCOND KERETA TAK SEJUK

3. Angin Aircond Berbau Hapak Dan Tidak Selesa

Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircond kereta anda atau aircond kereta anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

4. Dalam Perjalanan Jauh, Selepas Beberapa Ketika, Aircond Kereta Tak Sejuk

Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘ON’ dan ‘OFF’ aircond kereta tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi sehingga menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircond kereta anda perlu di tukar.

5. Kipas Pusing Laju Tapi Aircond Masih Tidak Sejuk

Jika keadaan ini berlaku, cuba biarkan aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya ada kelihatan, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada compressor ke cooling coil tidak ada masalah. Tapi jika aircond masih juga tidak sejuk, kemungkinan injap yang mengawal kemasukan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang.

Ramai yang tersilap repair dan habis ribuan ringgit namun masalah aircond kereta tak selesai. Sepatutnya anda kena check sebaik mungkin apa masalah sebenar aircond kereta anda. Mekanik kami akan pastikan sebaik mungkin anda tahu dan faham apa punca sebenar masalah aircond kereta anda.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − four =

Back To Top