MASALAH AIRCOND KERETA DAN PUNCA KEROSAKKAN
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

MASALAH AIRCOND KERETA DAN PUNCA KEROSAKKAN

Setiap hari pasti ada kereta yang akan datang ke bengkel kami untuk minta tolong check kan masalah aircond kereta yang sudah panas.. jadi elok kami kongsikan kepada anda semua masalah aircond kereta dan punca-punca kerosakan tersebut. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem aircond kereta.

Aircond kereta dengan aircond rumah pada asasnya sama sahaja cuma ada sedikit perbezaan antara aircond kereta dengan aircond rumah. Sistem aircond kereta takda lah. Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.

Sistem aircond kereta mempunyai beberapa komponan penting iaitu :

  1. Compressor
  2. Condenser
  3. Filter Drier
  4. Expansion Valve
  5. Cooling Coil (Evaporator)
  6. Motor Blower
  7. Motor Fan

PERJALANAN SISTEM AIRCOND KERETA :

Compressor –> Condenser + Condenser Fan –> Filter Drier –> Expansion Valve –> Cooling Coil + Blower Fan –> Expansion Valve –> Compressor

Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas. Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh Compressor.

Seterusnya, bahagian di antara compressor dan expansion valve dikenali sebagai sektor tekanan tinggi.  Manakala bahagian antara expansion valve dan compressor merupakan sektor tekanan rendah.  Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam compressor akan mengalami pemanasan terlampau.

Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam condenser di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yang menyebabkan condenser berlaku. Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau filter drier pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

Dari penapis atau filter drier, cecair tersebut akan bergerak ke expansion valve dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke cooling coil.

Selepas melalui cooling coil, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, cooling coil  yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.

Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke compressor untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.

MASALAH AIRCOND KERETA.

Bila kita hidupkan sistem aircond kereta tetapi aircond tidak rasa sejuk. Itulah masalah aircond kereta. Ada beberapa faktor masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :

Sistem aircond bocor : Jika terdapat kebocoran pada sistem aircond maka gas akan keluar dari bocor tersebut dan mengakibat sistem aircond tidak sejuk. Kebiasaanya masalah bocor ini berlaku di beberapa tempat seperti paip discharge (paip panas), cooling coil reput (kereta yang sudah lama), Oring sudah keras dan dibahagian-bahagian lain.. Untuk mengenalpasti masalah kebocoran ini hendaklah membuat “test leaking” dengan memasukkan angina di dalam sistem aircond dan meletakkan buih air sabun di setiap sambungan bahagian aircond atau bahagian aircond yang berminyak..

Cooling coil kotor : Bila cooling coil sudah kotor maka putaran angin akan tersekat. Cooling coil kotor disebabkan penuh dengan habuk-habuk di jejaring di cooling coil maka putaran angin dari blower tersekat dan tidak melepasi cooling coil. Solusi terbaik adalah cuci cooling coil.

Kipas di condenser tidak berfungsi : Jika tiada bantuan angin kipas untuk menyejukkan gas atau cecair gas di condenser, aircond akan panas kerana tiada bantuan kipas untuk sejukan cecair gas di condenser tersebut. Kecuali jika kereta anda dalam keadaan bergerak kerana walaupun kipas tidak berfungsi tetapi bila kereta dalam keadaan bergerak secara tidak langsung condenser disejukkan dengan angin luar. Masalah panas sebegini berlaku apabila anda berhenti di lampu isyarat atau di dalam kesesakan lalu lintas. Solusi terbaik adalah tukar motor kipas.

Compressor rosak : Banyak faktor compressor boleh rosak. kebiasaanya sebab ‘jammed’ pada bearing dan piston (compressor jenis piston) atau bilah compresor. Kalau piston atau bilah compressor ‘jammed’ biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Compressor di ibaratkan sebagai jantung di dalam sistem aircond di mana fungsi compressor ialah untuk memampatkan gas.. kesejukkan suhu aircond kereta bergantung kepada compressor.

Panel suis button aircond rosak : Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja. Solusi terbaik adalah tukar panel suis tersebut.

Filter drier kotor atau tersumbat :  Bila filter dalam keadaan tersumbat atau kotor secara tidak langsung akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem. Solusi terbaik adalah menukar filter baru.

Expansion valve rosak atau tersumbat : Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba. Solusi terbaik adalah tukar expansion valve baru.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 117 Comments

  1. Air cond kereta avanza saya tak sejuk dlm keadaan statik tak bergerak, tekan minyak baru ada terasa sejuk sedikit, simbah air pd.condenser, sejuk bertahan kejap kemudian kembali panas
    Kipas masih laju dan kuat anginnya
    Bila kenderaan bergerak Aircond menjadi sejuk dgn menambahkan kelajuan panduan.
    Keadaan bertambah buruk bila pomen menambah minyak Compresser sehingga penuh melimpah.
    Minta penjelasan apa yg rosak yg perlu disevis dan di ganti.
    T.kasih

    1. untuk kenalpasti punca masalah sebenar, team kami kena buat pemeriksaan awal terlebih dahulu.. selepas buat pemeriksaan baru kami akana maklumkan apa masalah aircond kereta tuan dan penyelesaian terbaik untuk masalah aircond kereta tuan..

      1. Hi, saya ada mengalami masalah aircond proton iriz. Cek dekat kedai mungkin masalah dgn cooling coil dan kena tukar harga dalam RM1500. Nak tanya range harga kalau ada masalah dgn aircond dan boleh saya tau bengkel encik ni di mana?

        1. hi.. kami di area sungai buloh dan shah alam.. tuan boleh waze kami atau google kami.. sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 012-9035992

    2. Sebaiknya masalah sebegini team kami kena check terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah aircond yang sebenar.. jika ikut apa penjelasan daripada tuan tadi, kemungkinan compressor dah loss power tapi apa-apa pun suggest buat free checking dahulu di azbi centre yang terdekat..

      1. ada dua kemungkinan, boleh jadi compressor dan jugak kipas condenser.. sekiranya ada kelapangan masa boleh singgah di branch kami yang terdekat untuk buat pemeriksaan awal..

  2. Blog
    20543850 824971044346719 6515804857090831259 O
    MASALAH AIRCOND KERETA DAN PUNCA KEROSAKKAN
    22nd August 2017Lokmanulhakim abdul adzisUncategorised0 Comments
    Setiap hari pasti ada kereta yang akan datang ke bengkel kami untuk minta tolong check kan masalah aircond kereta yang sudah panas.. jadi elok kami kongsikan kepada anda semua masalah aircond kereta dan punca-punca kerosakan tersebut. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem aircond kereta.

    Aircond kereta dengan aircond rumah pada asasnya sama sahaja cuma ada sedikit perbezaan antara aircond kereta dengan aircond rumah. Sistem aircond kereta takda lah. Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.

    Sistem aircond kereta mempunyai beberapa komponan penting iaitu :

    Compressor
    Condenser
    Filter Drier
    Expansion Valve
    Cooling Coil (Evaporator)
    Motor Blower
    Motor Fan
    PERJALANAN SISTEM AIRCOND :

    Compressor –> Condenser + Condenser Fan –> Filter Drier –> Expansion Valve –> Cooling Coil + Blower Fan –> Expansion Valve –> Compressor

    Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas. Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh Compressor.

    Seterusnya, bahagian di antara compressor dan expansion valve dikenali sebagai sektor tekanan tinggi. Manakala bahagian antara expansion valve dan compressor merupakan sektor tekanan rendah. Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam compressor akan mengalami pemanasan terlampau.

    Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam condenser di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yang menyebabkan condenser berlaku. Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau filter drier pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

    Dari penapis atau filter drier, cecair tersebut akan bergerak ke expansion valve dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke cooling coil.

    Selepas melalui cooling coil, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, cooling coil yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.

    Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke compressor untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.

    MASALAH AIRCOND KERETA.

    Bila kita hidupkan sistem aircond kereta tetapi aircond tidak rasa sejuk. Itulah masalah aircond kereta. Ada beberapa faktor masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :

    Sistem aircond bocor : Jika terdapat kebocoran pada sistem aircond maka gas akan keluar dari bocor tersebut dan mengakibat sistem aircond tidak sejuk. Kebiasaanya masalah bocor ini berlaku di beberapa tempat seperti paip discharge (paip panas), cooling coil reput (kereta yang sudah lama), Oring sudah keras dan dibahagian-bahagian lain.. Untuk mengenalpasti masalah kebocoran ini hendaklah membuat “test leaking” dengan memasukkan angina di dalam sistem aircond dan meletakkan buih air sabun di setiap sambungan bahagian aircond atau bahagian aircond yang berminyak..

    Cooling coil kotor : Bila cooling coil sudah kotor maka putaran angin akan tersekat. Cooling coil kotor disebabkan penuh dengan habuk-habuk di jejaring di cooling coil maka putaran angin dari blower tersekat dan tidak melepasi cooling coil. Solusi terbaik adalah cuci cooling coil.

    Kipas di condenser tidak berfungsi : Jika tiada bantuan angin kipas untuk menyejukkan gas atau cecair gas di condenser, aircond akan panas kerana tiada bantuan kipas untuk sejukan cecair gas di condenser tersebut. Kecuali jika kereta anda dalam keadaan bergerak kerana walaupun kipas tidak berfungsi tetapi bila kereta dalam keadaan bergerak secara tidak langsung condenser disejukkan dengan angin luar. Masalah panas sebegini berlaku apabila anda berhenti di lampu isyarat atau di dalam kesesakan lalu lintas. Solusi terbaik adalah tukar motor kipas.

    Compressor rosak : Banyak faktor compressor boleh rosak. kebiasaanya sebab ‘jammed’ pada bearing dan piston (compressor jenis piston) atau bilah compresor. Kalau piston atau bilah compressor ‘jammed’ biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Compressor di ibaratkan sebagai jantung di dalam sistem aircond di mana fungsi compressor ialah untuk memampatkan gas.. kesejukkan suhu aircond kereta bergantung kepada compressor.

    Panel suis button aircond rosak : Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja. Solusi terbaik adalah tukar panel suis tersebut.

    Filter drier kotor atau tersumbat : Bila filter dalam keadaan tersumbat atau kotor secara tidak langsung akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem. Solusi terbaik adalah menukar filter baru.

    Expansion valve rosak atau tersumbat : Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba. Solusi terbaik adalah tukar expansion valve baru.

    Please Share This
    Tweet
    Share
    Plus one
    Pin It
    Related Posts
    17855202 762067517303739 2679370208174694701 O
    KENALI COMPRESSOR KERETA ANDA.. COMPRESSOR ROTARY ATAU COMPRESSOR PISTON ?
    Compressor bahagian paling penting dalam sistem aircond, compressor di ibaratkan sebagai jantung, kuat atau lemah…
    17917228 765792526931238 842172971178731091 O
    TAK PERNAH JAGA SERVIS AIRCOND, COMPRESSOR BOLEH ROSAK. HATI-HATI.
    Base on pengalaman kami, ramai lagi yang masih tak tahu pasal servis aircond.. sebab bila…
    22218640 852783088232181 4612737460385452961 O
    TIPS PENGAJAAN AIRCOND KERETA TERBAIK
    Selain daripada penjagaan enjin kereta, sistem aircond atau penyaman udara kereta juga perlu dijaga diperiksa…
    This Post Has 0 Comments

    Mohd rosdi
    23rd December 2017 at 9:26 am
    Your comment is awaiting moderation.
    Air cond kereta avanza saya tak sejuk dlm keadaan statik tak bergerak, tekan minyak baru ada terasa sejuk sedikit, simbah air pd.condenser, sejuk bertahan kejap kemudian kembali panas
    Kipas masih laju dan kuat anginnya
    Bila kenderaan bergerak Aircond menjadi sejuk dgn menambahkan kelajuan panduan.
    Keadaan bertambah buruk bila pomen menambah minyak Compresser sehingga penuh melimpah.
    Minta penjelasan apa yg rosak yg perlu disevis dan di ganti.
    T.kasih

    1. Berdasarkan cerita tuan, kemungkinan masalah berpunca daripada compressor loss power tapi apa apa pun tuan buat free checking terlebih dahulu di azbi centre.. tuan boleh waze atau google kami di internet..

  3. assalamualaikum tuan. saya guna kereta myvi. masalah kereta saya air cond x sejuk dan compresor berbunyi. kawan bagi tahu bearing compresor ada masalah. kereta menjadi sejuk dalam masa tertentu seperti waktu memandu menuruni bukit tetapi bila jalan rata kereta tak sejuk.. blh bg komen skit agak2 apa masalah kereta.. kawan rekemen tukar compresor baru ?

    1. waalaikummusalam tuan, utk masalah bunyi ni suggest dtg check dlu, kami x boleh nk bg jawapan yg tepat tanpa buat pemeriksaan..

  4. Salam tuan, saya menggunakan Triton setiap kali kereta berhenti atau tidak berjalan tetapi enjin masih lagi hidup Aircond akan terus menjadi panas. Tetapi apabila kereta bergerak semula ia akan sejuk kembali tetapi sejuk yg tidak seberapa

    Mohon bantuan tuan.

    1. waalaikummusalam tuan, besar kemungkinan compressor tuan dah loss power tapi apa apa pun kami suggest buat free checking dahulu untuk kenalpasti punca masalah yang sebenar..tuan boleh waze azbi centre atau google azbi centre untuk location..

  5. Assalamualaikum. Kereta myvi saya ada masalah dengan aircond. Apabila kereta berhenti dalam masa yang lama (traffic light atau parking), compressor aircond akan berhenti dan tidak lagi sejuk. Boleh saya tahu apa kenapa boleh jadi keadaan seperti ini? Tk.

    1. Waalaikummusalam Tuan, berdasarkan apa yang tuan cerita boleh jadi kemungkinan masalah compressor.. tapi apa apa pun kami suggest buat free checking terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah yang sebenar.. tuan boleh waze atau google azbi centre di google..

  6. Salam..

    sy baru service aircon tgh tahun lps dibengkel lain.. cuci pakai chemical dan tukar compressor recon. tp skang rase nya system dh jammed. cucuk takde keluar gas(mungkin abis gas).. kaca pun dh agak gelap balik.

    ada kemungkinan semua kene tukar atau ade alternatif lain utk selesaikn masalah? tk

    1. waalaikummusalam tuan.. untuk menjawap soalan tuan, team kami kena buat pemeriksaan terdahulu untuk kenalpasti punca masalah aircond kereta sebenar.. bila sudah kenalpasti masalah, team kami akan suggest pada tuan cara penyelesaian yang terbaik..

  7. Sy menggunakan kereta saga blm mslh aircond kereta saya ialah tiap kali sy parking lepas sy hdpkan engine dan buka aircond angin sje yg kluar kdg2 kne tggu 5 minit baru dia sejuk.slalu jadi mcm ni.. biasanye klau buka je aircond trs dah boleh rasa sejuk.boleh sy tau ape mslh atau kerosakkn nye ye tuan?

    1. tuan sudah guna kereta berapa lama ? sepanjang guna kereta saga blm ni tuan pernah buat servis untuk aircond kereta tuan ?

  8. salam..sy pakai kereta saga flx..aircond sy tiba2x panas..bila sy cek, kipas x jalan..next day sy pergi kerja, sy x pakai econ,okay je bawak..ptg balik kerja sy cuba on kan econ,mula2 panas lepastu sejuk balik..sebaik sampai rumah,sy biarkan kereta on sekejap skali econ on,temperature naik dan sy cek air kering..kenapa ya? klau kipas rosak,boleh sebabkan temperature naik ke walau x on econ??

    1. waalaikummusalam tuan.. untuk masalah sebegini team kami kena check terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah aircond yang sebenar.. jika tuan ada kelapangan masa buat datang di branch kami untuk buat pemeriksaan.. check masalah aircond adalah percuma..

  9. Hi. Nak tanya, angin aircond x berfungsi & tiada dalam kereta tetiba walaupun suis aircond telah dihidupkan. Tolong bantu masalah saya

    1. Hi tuan, boleh datang ke branch kami yang terdekat untuk buat pemeriksaan.. check adalah percuma..

  10. Salam, kereta estima, mata jadi sangat pedih bila buka aircond.
    Ada pndgn kawan :punca dari coolant yang masuk ke heater aircond.
    Mohon pencerahan…

    1. waalaikummusalam tuan.. boleh datang ke branch kami untuk buat pemeriksaan awal kenalpasti punca masalah yang sebenar..

  11. Air Cond kereta Iswara selalu rosak ..kerosakan berulang …dah tukar cooling coil…compressor..condensor…pastu balik semula kepada cooling dan seterusnya. Setiap item tu dah 2-3 kali tukar…Amat memeningkan …biasa nya apa puncanya kerosakan boleh berulang? TQ

    1. tuan tukar sekali atau tukar asing-asing ? boleh datang ke branch kami yang terdekat untuk buat pemeriksaan awal.. check adalah percuma..

  12. Azbi terbaik tapi ada pengalaman buruk…disebabkan kecuaian pekerja azbi aku terpaksa menanggung kerosakkan sebijik compresor honda .
    Tambah minyak compressor dlm lingkungan rm 50 lebih je tapi terpaksa membeli sebijik compresor yang baru…

    1. boleh tuan bagitahu tuan repair di branch azbi centre yang mana satu ?? dan boleh bagi no plate kereta tuan untuk rujukan kami..

  13. Kedai menipu.korg tkpyh dtg laaa.mencekik harga.sama bangsa pn menipu.tk takut azab tuhan ke dapat duit cara menipu.bodoh.org bukak kedai aircond kau pn bkk kdai aircond

    1. jika tuan ada masalah dengan sistem aircond tuan.. boleh datang ke branch kami yang terdekat.. team kami akan sedia membantu masalah aircond kereta tuan..

  14. Salam sejahtera, masalah kereta saya ialah bila on aircon bunyi ‘Tek’ yang bermaksud aircon sejuk berfungsi tapi ini tidak ada..kipas ok semua berfungsi.. apakah masalah dia aircon kereta saya encik..sebelum ini ok saja tiba2 saja tidak berfungsi..kereta gen 2..adakah masalah buttonnya encik…minta pencerahan dari encik..terima kasih

    1. Walaikumusalam, masalah bunyi ni ada beberapa faktor sama ada bunyi masalah magnet clucth atau compressor.. tapi apa-apa pun team kami sarankan buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah sebenar..

  15. Assalam tuan.Saya pakai myvi 1.3 2005. sebelum ni pernah tukar semua set aircond sebab minyak dah hitam. tak sampai sebulan tiba-tiba angin aircond jadi slow dan bunyi bising bawah dashboard. walaupun dah laras no 4 angin tetap slow dan bunyi bising bertambah. saya dah tukar blower motor ori denso lepastu semua ok balik. tapi hanya bertahan 2 bulan dan masalah angin slow datang balik. apa yang selalu menyebabkan blower motor aircond bermasalah?

    1. waalaikummusalam tuan, kiranya tuan dah tukar satu set sistem aircond la ye.. untuk masalah blower ni team kami kena check terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah yang sebenar.. sekiranya tuan ada kelapangan masa boleh singgah di mana mana cawangan kami yang terdekat..

  16. baru baru ni aircond saya tak sejuk .. so saya perasan kipas aircond kat condenser tu tak berpusing setiap kali saya on kan aircond . so adakah ini penyebab aircond saya tak sejuk . perlukah saya tukar kipas tersebut ? terima kasih atas bantuan

    –ran

    1. bila tuan on aircond tapi kipas depan untuk condenser tak berpusing ye ? sepatutnye kipas tersebut berpusing.. kami sarankan tuan tukar motor kipas baru..

  17. Tadi drive2. Tetiba bunyi mcm tin kosong. So off kereta kejap. Try drive balik okay. Tp bila on aircond ada balik bunyi mcm tin kosong. Tp kadang2. Sebab apa ye tu? Kereta saga plus flx

    1. bunyi di bahagian dalam ke ? kalau tuan ada kelapangan masa boleh singgah check terlebih dahulu.. team kami nak kena buat pemeriksaan awal terlebih dahulu..

  18. Hi
    Kereta myvi saya model lama (1st model) bila buka aircond, air keluar dekat bahagian saluran angin. Aircond masih sejuk.

    Apa punca masalah ni dan berapa kos utk repair? Thanks

    1. Hi tuan.. untuk kenalpasti punca masalah sebenar sebaiknya buat pemeriksaan terlebih dahulu, sekiranya tuan ada kelapangan masa boleh singgah di branch kami yang terdekat..

  19. Masalah kereta wira saya aircond sejuk tetapi ada masa akan cut off dan jadi x sejuk..pernah cek di kedai mengatakan pressure sgt tinggi dan disuggestkan tukar condensor. Apa pendapat tuan?

    1. masalah sebegini team kami kena buat pemeriksaan terlebih dahulu.. sekiranya tuan ada kelapangan masa boleh datang ke branch kami yg terdekat..

  20. Peugeot 308T model. Masalah aircond. Compressor, [email protected] coil dlm pun sudah tukar. Running aircond sejuk, but lepas 20min, piping luar sejuk beku.. blower shj. Sblm tukar cooling coil benda sama berlaku. Problem kat mana? Thermostat dia ke? KL woksyop you kat mana? Boleh bagi address saya or contact saya ke… 019-2716901

  21. As salam dan salam sejahtera.. sy nak share berkenaan kereta saya.. preve middle spec.. skrg ni aircondnya kurang angin.. kekadang sejuk kekadang tidak. dan bila membelok ada dengar bunyi air.. dan ada air menitik di carpet bhgn penumpang. Pernah pegi kedai.. katanya gas ada penuh.. tp ni situasi yg saya hadapi skrg.

    1. Waalaikumusalam tuan.. kereta preve tuan dah berapa tahun ? sejak guna kereta pernah buat full servis untuk part aircond ?? kami cadangkan tuan buat pemeriksaan awal di mana mana branch kami yang terdekat untuk kenalpasti punca masalah aircond sebenar kereta tuan..

  22. Salam… saya baru servis air cond.. dah tukar cooling coil.. air cond da sejuk.. tp masalahnya ada bunyi keluar.. macam bersiul. Bila kipas berputar.. bunyi bersiul ada.. apa masalahnya ea..

    1. waalaikumusalam.. masalah bunyi ni nak kena check dulu tuan.. bila tuan ada kelapangan masa boleh datang ke branch kami untuk buat free checking..

  23. Salam… saya baru servis air cond.. dah tukar cooling coil.. air cond da sejuk.. tp masalahnya ada bunyi keluar.. macam bersiul. Bila kipas berputar.. bunyi bersiul ada.. apa masalahnya ea..

    1. waalaikummusalam tuan.. boleh saya tahu bunyi tu datang dari mana ? sama ada belah dalam atau belah luar..

  24. Assalamualaikum..nak tanya.. Saya pakai perodua viva.. Saya pelik dengan aircond kereta saya.. Kenapa ye kompressor langsung tak berhenti semasa saya on aircond? Biasanye sebelum ni elok je die ade on off.. Tapi sekarang langsung tak de.. Saya off aircond baru la kompressor berhenti.. Aircond ok je sejuk..

      1. Setakat ni belum pernah lagi bos..kompressor aircond mmg ade minyak ye bos? Dan perlu ditukar minyak tu. Betul ke?

    1. Pernah buat servis aircond ? kalau belum suggest tuan buat servis aircond dulu sebab nanti cooling coil akan dibersihkan..

  25. As salam sy nak tnya.. Haritu mekanik ada cakap suis panel aircond bocor.. Dan sy pun tukar tapi selepas tukar mekanik tu cakap tak boleh masuk gas sebab bila dia try bg pressure ada bunyi macam gas dari dalam kereta.. Adakah itu tanda2 cooling coil bocor? Dan kalau bocor boleh tampal ke? – saga 8valve

    1. waalaikummusalam.. kalau ada bocor memang akan bunyi halus dan untuk tampal atau tidak itu bergantung pada kebocoran di cooling coil tersebut..kena buka dan tengok macam mana keadaan cooling coil dulu.

  26. Salam. kereta tak sejuk waktu begerak. punca apa ya. waktu kereta statik aircond sejuk semula. baru ni ada tukar fan condenser. pusing terbalik ke? kereta toyota corolla ae101.

    1. waalaikumusalam.. oo yeke, masalah sebegini team kami kena buat checking dulu tuan utk kenalpasti punca masalah.

  27. Assalamualaikum

    Adakah motor fan radiator kelisa tidak berfungsi penyebab aircond tak sejuk dan lama-lama boleh menyebabkan gas aircond kurang/hilang?

    1. waalaikumusalam.. fan radiator lebih pada bahagian enjin kereta.. tapi sekiranya fan radiator rosak akan memberi kesan juga pada aircond.. aircond akan kurang sejuk berbanding sebelum ni.. gas takkan kurang atau hilang sekiranya sistem aircond tidak ada kebocoran.

  28. Gen 2 saya mengalami masalah kipas tidak berpusing apabila air cind on..
    Telah check suis air cong – OK
    Telah tukar suis didinding enjin –

    Tapi tak dpt dikesan lagi masalah sebenarnya

  29. Assalamualaikum Tuan, saya baru lepas repair aircond dan aircond kereta saya terasa sangat sejuk sampai rasa xtertahan. Disebabkan bkalau tutup berkabus, jadi saya tutup bahagian atas dashboarddengankain supaya aircond xkeluar..dalam 15 minit mcm tu..tapi sekarang masalah aircond jadi xberapa sejuk balik 😅.

    Soalan saya: adakah aircond boleh rosak/bocor dengan kita menutup sekejap bahagianevaporator and blower. Aircond tu bukankata xsejuk sangat, cuma bila buka kain tu balik terus bertukar dr sangat sejuk dan jadi biasa2 saja sampai la sekarang. Saya masih belum drive waktu cuaca panas kat luar..bimbang juga ni

    1. waalaikummusalam, boleh saya tahu puan guna kereta apa dan sejak guna pernah buat servis aircond? ataupun puan boleh pergi ke branch kami yang terdekat untuk kami kenalpasti punca masalah sebenar.. pemeriksaan aircond kereta adalah percuma..

  30. salam tuan sy pakai kereta axia…sye nk tnya aircond sye berbunyi seperti angin di bahagian aircond kereta dan pada mulanya sejuk seperti biasa dan lama kelamaan tidak sejuk hanya angin sahaja..adakah ini masalah gas kurang atau sebaliknya…saye service aircond di centre perodua pada bulan 12 tahun lepas..

    1. waalaikumusalam.. sekarang ni masih bunyi angin lagi ke? sekiranya bunyi aircond tu berpunca daripada bocor aircond.. aircond akan panas sebab gas kurang.. tapi untuk kenalpasti punca masalah, kami sarankan tuan buat pemeriksaan aircond terlebih dahulu..

  31. Aslkm. Nak tanya, kereta kancil sy baru tukar compressor baru dan servis condenser, mula2 pasang saja sejuk. 2minggu kemudian taksejuk. Waktu siang panas, malam baru sejuk. Itu pun taksejuk sangat. Lepas tu saya pergi ke tempat saya buat aircon, dia ckap radiator takdapat sejukkan enjin. So dia suggest tukar radiator besar. Tapi masih sama(panas selepas 2-3minggu pasang/buat). Saya rasa macam kena tipu dan saya sudah habis dalam 1k untuk repair aircond shj. Boleh saya tahu apa masalah kerosakan? Terima kasih

    1. waalaikummusalam..untuk kenalpasti punca masalah team kami kena buat checking terlebih dahulu tuan.. sekiranya tuan ada kelapangan masa boleh singgah ke mana-mana cawangan kami yang terdekat..

  32. Salam Tuan,
    Saya ida mengunakan viva, so persoalannya disini sekarang ni kereta mengalami masalah bau hangit pada waktu2 tertentu sahaja ketika mana saya ON Air-cond. Apa yg perlu dilakukan untuk menangani masalah ni? sebb risau jgk takut terbakar ke apa…sehari saya akan melalui 100km lebih untuk pergi & balik kerja. Mohon pencerahan…Terima kasih

    1. waalaikumusalam Puan Ida, sebaiknya puan ida datang check terlebih dahulu untuk kami kenalpasti punca masalah..kemungkinan masalah ni berpunca daripada magnet clucth tapi apa-apa pun sebaiknya datang check dahulu..

  33. Assalam En ashaari, sy idris, sy menggunakan kereta jenis Chevrolet Cruze, nak tanya bengkel tuan ada buat service aircond/pemeriksaan sistem aircond jenis kereta saya tak? Kereta sy sudh berusia 6 tahun dan belum menjalankan sebarang pemeriksaan untuk sistem aircond.

    Terima kasih

    1. waalaikumusalam tuan,maaf lambat respon. untuk semua jenis kreta sama ada kereta local dan kereta conti kami buat servis dan repair sebab sistem aircond kereta semua sama cuma hanya berbeza item sahaja. sama-sama tuan

  34. Grand livina. Aircond cm biasa cuma ble on ada bunyi pelik. Bnyi dkat compressor. Ble 3 ring yg kat compressor tu brpusing bunyi tu ada. Mntak pncerahan boss.

    1. masalah seperti ini kena buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk kenalpasti punca bunyi datang daripada dalam bahagian compressor atau bearing atau hanya belting sahaja..

  35. Salam tuan,ekon sy sejuk cuma bila saya tekan panel untuk ekon di dalam kereta tak boleh Dia tendang blk,tp bila ekon angin dari luar boleh kenapa ye

  36. Assalamualaikum tuan, saya pakai kereta wira aerobek, switch button tak berfungsi dan kalau tekan jer switch tu lama2, yang keluar angin biasa sahaja, sejuk tiada,, apa masalahnya yer tuan, dan anggaran kos repair berapa yer.. tq tuan.

    1. waalaikumusalam tuan, sepanjang tuan guna kereta pernah tak tuan buat servis aircond ? masalah sebegini kami sarankan untuk buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk team kami kenalpasti punca kerosakan dan solusi yang terbaik untuk aircond kereta tuan.

  37. Assalamualaikum tuan. saya pakai kereta Proton Inspira. Masalah air-cond saya berlarutan, dan banyak parts yg telah ditukar. Firstly tukar magnet, selepas 2 minggu problem lagi, tukar compressor.. elok seminggu.. and then problem lagi..cuci cooling coil dan masukkan minyak hijau utk kenal pasti kebocoran… sejuk seminggu… tp masih x jumpa bocor.. tukar valve… sejuk semingggu..problem lagi.. at last kata hos bocor, tukar hos… selepas 2 mingggu problem lagi.. masuk lagi minyak hijau… tp x jumpa kat mana bocornya.. Yang pasti masalah air-cond akan bermula di tempat penumpang ( hadapan kiri) manakala aircond driver side sejuk tiada masalah. Satu aircond , tapi sebelah penumpang panas, sebelah driver sejuk. Selepas beberapa hari, hanya angin panas yg keluar.. Boleh tuan agak apakah masalah sebenar?

    1. waalaikumusalam tuan, boleh saya tahu masa tukar magnet clucth dan compressor baru, ada tukar filter drier dan sudah check kondisi condenser?? jika ikutkan masalah daripada cerita puan, kemungkinan ada berlaku masalah kebocoran dan sebaiknya masalah sebegini kami sarankan buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk team kami kenalpasti punca masalah sebenar.. jika ada kelapangan masa, puan boleh singgah ke cawangan kami yang terdekat dan ceritakan situasi masalah aircond kereta untuk rujukan team operasi kami..

  38. Salam sejahtera, saya ada satu soalan kenapa aircond kereta saya tiba-tiba tidak sejuk sama ada sedang bergerak atau berhenti, kipas langsung tidak berfungsi, tetapi selepas berapa minit aircond berfungsi seperti biasa. Jenis kereta proton saga Sv flx

    1. berapa lama jangka masa untuk cut in balik ye? kemungkinan boleh jadi punca masalah daripada relay compressor dan juga relay kipas.. tapi apa-apa pun kami kena buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk kenalpasti punca masalah sebenar..

  39. Assalamualaikum, aircond sya sejuk, tapi bila on aircond susah nak cut in semula,ambil masa yang lama utk cut in, kadang2 terus tak cut in,smpai kena tutupbukak2 semula button aircond, button juga sudah tukar, tapi tetap sama masalahnya, senang kata hanya rasa angin,boleh sya tahu apa yg patut sya tukar? Sbb sistem aircond sya dah tukar semuanya,sudah rm1600, tpi masalah cut in masih terjadi.harap dapat bantu.

    1. waalaikumusalam tuan.. boleh saya tahu model kereta tuan kereta jenis apa ye? kemudian tuan di lokasi mana ye?

  40. assalammualaikum.. saya nak tanya.. saya pakai myvi auto 1.3.. blower kereta ok.. tapi bila tekan aircond.. dia ada bunyi gas.. tapi gas tu mcm tak keluar dkt dashboard tu..

  41. Assalamualaikum. Kereta saya Proton Ertiga, guna kurang setahun. Ada masalah aircon bau masam. Boleh tolong bantu? Terima kasih.

    1. waalaikumusalam. bau masam ni kami nak kena check dalam box cooling coil tuan dahulu. kebiasaanya masalah bau masam di dalam box cooling coil.

  42. Assalamualaikum..air cond kereta saya sudah top up gas baru2 ini, tapi selepas beberapa hari ianya tidak sejuk..hanya sejuk sedikit dan kemungkinan terdapat kebocoran pd sistem air cond..boleh saya tau di mana lokasi kedai tuan?..saya menetap di pasir gudang johor..terima kasih

  43. Pagi naik kete ok je xde problem. Mlm nak gerak, dah on kereta tekan je aircond bunyi mengaum kereta. Lepas tu keluar air jernih dr bwah kereta dgn jumlah yg byk. Jika x on aircobd mmg kereta x de bunyi mengaum dan x air menitis sikit je. Apa problem mcm tu?

    1. kereta apa ye dan kereta dah berapa tahun ye tuan? kami nak kena check sistem dulu, boleh jadi masalah sistem aircond tersumbat dan jugak masalah compressor lose power.

  44. Salam. Kereta saga flx saya memang ada masalah aircond. Sebulan sebelum ini ada buat pemeriksaan aircond. Mekanik tu cakap ada masalah gas bocor so ada part kena tukar. Habis buat service, total charge dalam RM 560 juga la. Lepas service aircond mmg jadi sejuk. Tapi lepas 2 minggu dia buat hal lagi. Masalah pertama ialah ketika saya outstation ke Johor, di awal perjalanan aircond ok je mmg sejuk. Tapi lama kelamaan, angin aircond yg keluar jadi macam tersekat. Saya pusing knob dia bagi maksimum kelajuan kipas, tapi rasa macam pakai yang minimum punya. So aircond kereta saya hanya berfungsi dengan ok untuk perjalanan pendek sahaja. Lepastu masalah kedua terjadi iaitu aircond kereta saya hanya sejuk pada waktu hujan, waktu pagi dan waktu malam sahaja. Lepas 2 minggu kemudian, aircond kereta saya langsung tidak sejuk, apabila aktifkan aircond dengar bunyi gas keluar, tapi keluar angin biasa sahaja.

    1. waalaikumusalam tuan, kalau ikot pada jalan cerita tuan kongsikan ini. keberangkalian masalah yang hanya sejuk 2 minggu sahaja adalah berpunca daripada keboran halus di bahagian sistem aircond kereta tuan. Untuk mengenal pasti punca masalah kebocoran kena buat pemeriksaan dahulu.
      kemudian tuan ada menyatakan pernah buat servis aircond sebelum ini, boleh tahu apa yang dibuat untuk servis yang berharga rm560 itu tadi ?

  45. salam tuan..sy guna perodua alza,masalah econ kete sy ni,klu dlm keadaan P atau N,econ elok jer sejuk,tp bile masuk gear ,keluar angin je,tekan minyak baru rase sejuk..klu time traffic jem,mmg tebakar dlm kete..ape masalah econ ni tuan..

    1. waalaikumusalam, first kena tahu alza tahun berapa ? kemudian alza ni pernah buat servis tak tuan? sekiranya tuan ada kelapangan masa boleh singgah ke cawangan kami yang terdekat untuk kenalpasti punca masalah yang sebenat.

  46. Salam. Nk Tanya air conditioning kereta estimate pernah bocor than lps …baru ni rasa panas semula ..kedai kata bocor lagi …camna tu ye

    1. waalaikumusalam. masalah ni tuan kena check dahulu bocor di bahagian mana. boleh jadi ditempat yang sama atau tempat yang berbeza.

  47. Salam. Nak tanya tuan. Bila sy on aircond, kipas sy berbunyi mcm longgar. Sy dh cuba ketat kn nut pun masih lagi berbunyi dan longggar. Adakah bearing motor rosak? Dan kalau bearing rosak dpt x kalau nak tukar bearing sj atau kena tukar skali motor?

    1. Waalaikumusalam, boleh jadi ada sesuatu yang longgar, cuma untuk tukar bearing sahaja atau sekali dengan motor itu team kami nak kena check terlebih dahulu. selepas itu baru boleh bagi cadangan sama ada perlu tukar sekali atau tak perlu.

  48. Salam…aircond city saya terasa panas/bahang walau pun sudah buka low…pergi sc kata cooling kotor & tersumbat,sc sudah cuci cooling…adakah perkara ini akan berlaku lagi nanti…masaalahnya pada akhir bulan 5 2019,sudah buat service aircond x sampai sebulan masaalah ini pula terjadi…

    1. waalaikumusalam, masa servis aircond ada tukar filter drier dan juga expansion valve? sekiranya ada kelapangan masa boleh singgah check di cawangan kami yang terdekat.

  49. salam kereta estima saya tetiba panas. panel tdk berfungsi trus..tidak menyala..tdk dpt dikesan apa masaalahnye…

  50. Salam..
    Aircond saya angin panas.. Kipas dan compressor xjalan bila on suis. Tapi kipas pusing jika enjin panas atau direct current. Suis dah tukar baru. Fius relay semua ok. Adakah compressor brmslh atau wiring? Atau perlu cuba direct current pada compressor dlu?
    Tq

    1. Waalaikumusalam, sebaiknya dtg ke cawangan kami utk pemeriksaan lanjut, pemeriksaan secara percuma shj di cawangan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + twenty =

Back To Top