MASALAH AIRCOND KERETA DAN PUNCA KEROSAKKAN. AZBI CENTRE BUKIT MERTAJAM
skip to Main Content

MASALAH AIRCOND KERETA DAN PUNCA KEROSAKKAN. AZBI CENTRE BUKIT MERTAJAM

Setiap hari pasti ada kereta yang akan datang ke bengkel kami untuk minta tolong check kan masalah aircond kereta yang sudah panas.. jadi elok kami kongsikan kepada anda semua masalah aircond kereta dan punca-punca kerosakan tersebut. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem aircond kereta.

Aircond kereta dengan aircond rumah pada asasnya sama sahaja cuma ada sedikit perbezaan antara aircond kereta dengan aircond rumah. Sistem aircond kereta takda lah. Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.

Sistem aircond kereta mempunyai beberapa komponan penting iaitu :

  1. Compressor
  2. Condenser
  3. Filter Drier
  4. Expansion Valve
  5. Cooling Coil (Evaporator)
  6. Motor Blower
  7. Motor Fan

PERJALANAN SISTEM AIRCOND KERETA :

Compressor –> Condenser + Condenser Fan –> Filter Drier –> Expansion Valve –> Cooling Coil + Blower Fan –> Expansion Valve –> Compressor

Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas. Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh Compressor.

Seterusnya, bahagian di antara compressor dan expansion valve dikenali sebagai sektor tekanan tinggi.  Manakala bahagian antara expansion valve dan compressor merupakan sektor tekanan rendah.  Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam compressor akan mengalami pemanasan terlampau.

Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam condenser di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yang menyebabkan condenser berlaku. Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau filter drier pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

Dari penapis atau filter drier, cecair tersebut akan bergerak ke expansion valve dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke cooling coil.

Selepas melalui cooling coil, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, cooling coil  yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.

Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke compressor untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.

MASALAH AIRCOND KERETA.

Bila kita hidupkan sistem aircond kereta tetapi aircond tidak rasa sejuk. Itulah masalah aircond kereta. Ada beberapa faktor masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :

Sistem aircond bocor : Jika terdapat kebocoran pada sistem aircond maka gas akan keluar dari bocor tersebut dan mengakibat sistem aircond tidak sejuk. Kebiasaanya masalah bocor ini berlaku di beberapa tempat seperti paip discharge (paip panas), cooling coil reput (kereta yang sudah lama), Oring sudah keras dan dibahagian-bahagian lain.. Untuk mengenalpasti masalah kebocoran ini hendaklah membuat “test leaking” dengan memasukkan angina di dalam sistem aircond dan meletakkan buih air sabun di setiap sambungan bahagian aircond atau bahagian aircond yang berminyak..

Cooling coil kotor : Bila cooling coil sudah kotor maka putaran angin akan tersekat. Cooling coil kotor disebabkan penuh dengan habuk-habuk di jejaring di cooling coil maka putaran angin dari blower tersekat dan tidak melepasi cooling coil. Solusi terbaik adalah cuci cooling coil.

Kipas di condenser tidak berfungsi : Jika tiada bantuan angin kipas untuk menyejukkan gas atau cecair gas di condenser, aircond akan panas kerana tiada bantuan kipas untuk sejukan cecair gas di condenser tersebut. Kecuali jika kereta anda dalam keadaan bergerak kerana walaupun kipas tidak berfungsi tetapi bila kereta dalam keadaan bergerak secara tidak langsung condenser disejukkan dengan angin luar. Masalah panas sebegini berlaku apabila anda berhenti di lampu isyarat atau di dalam kesesakan lalu lintas. Solusi terbaik adalah tukar motor kipas.

Compressor rosak : Banyak faktor compressor boleh rosak. kebiasaanya sebab ‘jammed’ pada bearing dan piston (compressor jenis piston) atau bilah compresor. Kalau piston atau bilah compressor ‘jammed’ biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Compressor di ibaratkan sebagai jantung di dalam sistem aircond di mana fungsi compressor ialah untuk memampatkan gas.. kesejukkan suhu aircond kereta bergantung kepada compressor.

Panel suis button aircond rosak : Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja. Solusi terbaik adalah tukar panel suis tersebut.

Filter drier kotor atau tersumbat :  Bila filter dalam keadaan tersumbat atau kotor secara tidak langsung akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem. Solusi terbaik adalah menukar filter baru.

Expansion valve rosak atau tersumbat : Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba. Solusi terbaik adalah tukar expansion valve baru.

Bagi mereka yang berada di Bukit Mertajam, jom datang servis di cawangan Azbi Centre Bukit Mertajam

No 108, Jln Perda Utama, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Azbi Centre (Bukit Mertajam)

Kami menyediakan pemeriksaan aircond kereta secara percuma untuk anda yang datang ke Azbi Centre, kemudian baru kami akan beritahu apa kerosakan yang dihadapi dan apa tindakan yang perlu dibuat.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − five =

Back To Top