MASALAH AIRCOND KERETA BERBAU, APA NAK BUAT?
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

MASALAH AIRCOND KERETA BERBAU, APA NAK BUAT?

Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih masih lagi setia membaca blog2 abang azbi. Dah lama abang azbi tak share tips2 masalah aircond kereta dekat sini…

Ok lah, abang azbi nak straight to the point je dengan korang untuk topik masalah aircond kereta berbau atau busuk kali ni…

Bila cakap pasal aircond kereta berbau ni, ada macam-macam jenis bau lah abang azbi pernah jumpa. Ada bau hapak, bau bangkai, bau masam busuk kepam haa gitu! Memang pening kepala nak hirup udara dalam kereta kalau aircond kereta berbau macam ni…

Jadi tak tenteram dibuatnya, siapa tahan nak drive dengan aircond kereta yang berbau busuk?!

APA PUNCA AIRCOND KERETA NI BOLEH BERBAU BUSUK?

Bahasa mudah untuk senang korang faham… Bau busuk yang terhasil ni daripada akibat kotoran habuk yang berada di dalam laluan aircond kereta dan melekat di cooling coil dan cabin air filter aircond kereta korang…

So apabila habuk ni dah menebal bercampur pula dengan kelembapan cooling coil aircond kereta tu, maka terhasilah lumut-lumut habuk yang lama kelamaan kalau dibiarkan akan menghasilkan bau kepam, busuk, hapak dan seangkatan dengan nya, ha gitu!

Ada kes, abang azbi pernah jumpa bangkai tikus mati dekat cabin air filter aircond kereta customer, memang patut lah bau busuk!

CARA PENYELESAIAN

Apa yang perlu dilakukan bila korang dah mula dapat hidu bau busuk dari aircond kereta tu?

1) Rajin kan diri, cuci cabin air filter aircond kereta (yang ni boleh DIY buat sendiri di rumah)
2) Keluarkan cooling coil aircond kereta dan lakukan servis pembersihan
3) Cooling coil box tu pun perlu cuci sekali ya
4) Jangan lupa bersihkan blower fan
5) Lakukan juga servis aircond kereta untuk melancarkan sistem aircond kereta korang

Ada pertanyaan lanjut? Hubungi wakil cawangan Azbi Centre di :

Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + ten =

Back To Top