KENAPA AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

KENAPA AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK DAN INI 4 PUNCANYA..

Negara kita sangat memerlukan kereta yang mempunyai sistem penghawa dingin (aircond) bagi memberi keselesaan kepada pengguna kereta ketika memandu. Ini kerana negera kita terkenal dengan cuaca panas jadi dengan adanya sistem penghawa dingin kereta ini dapat membantu untuk mengurangkan haba panas dan memberi keselesaan kepada pemandu kereta ketika menggunakan kereta. Sistem aircond kereta ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna, lebih-lebih lagi kepada pengguna kereta yang sudah berkeluarga.

Dan disini antara faktor-faktor kenapa aircond kereta tiba-tiba kurang sejuk atau panas. Sekiranya ini terjadi kepada sistem aircond kereta anda, anda boleh merujuk kepada masalah sebegini.

1. COMPRESSOR AIRCOND KERETA LOSE POWER DAN HITAM

Compressor aircond kereta merupakan bahagian aircond yang paling penting dalam sistem aircond dan boleh diibaratkan compressor sebagai jantung aircond. Ini kerana sistem aircond bergantung penuh pada compressor sepenuhnya. Apabila anda tidak pernah membuat servis aircond kereta ini akan menyebabkan sistem aircond akan tersumbat dan lama kelamaan minyak compressor akan menjadi hitam. Ini sangat

SISTEM AIRCOND BOCOR

Salah satu punca aircond kereta anda kurang sejuk atau panas adalah gas aircond kereta anda kurang atau terdapat kebocoran pada sistem aircond kereta anda. Punca kebocoran perlu buat pemeriksaan terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca masalah yang sebenar. Ini kerana punca kebocoran boleh berlaku dibahagian dalam dashboard kereta seperti dibahagian cooling coil atau diluar bahagian enjin kereta seperti dibahagian compressor, condenser, dibahagian paip dan lain-lain bahagian.

2. CONDENSOR TERSUMBAT

Condenser boleh jadi punca sistem aircond kereta anda kurang sejuk dan panas sekiranya condenser aircond kereta anda tersumbat. Jika condenser ini boleh ia menjejaskan saluran sistem aircond anda dan akan memberi kesan pada suhu aircond kereta anda. Fungsi condenser adalah untuk menyejukkan saluran gas daripada compressor sebelum saluran gas ke filter drier dan juga cooling coil.

3. COOLING COIL PENUH HABUK

Cooling coil adalah tempat suhu sejuk terkumpul sebelum dibantu oleh angina kipas blower untuk menyalurkan aircond bersuhu sejuk ke corong-corong aircond kereta anda. Akan tetapi sekiranya cooling coil kereta anda kotor dan dipenuhi dengan habuk ini akan menjejaskan suhu aircond kereta akan kurang sejuk..

4. MOTOR BLOWER

Sekiranya anda tidak pernah membuat servis aircond kereta sejak beli kereta tersebut dan apabila anda rasa aircond kereta anda kurang sejuk. Sebaiknya perkara pertama adalah anda periksa keadaan motor blower aircond kereta anda. Ini kerana habuk-habuk yang melekat pada blower akan membebankan blower dan menjejaskan angin aircond drpd blower kereta anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pengguna-pengguna kereta di malaysia sekiranya kereta anda berlaku masalah seperti diatas.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 4 Comments

  1. Assalamualaikum… I want to know that what if we overfill the compressor oil and can it be flush out and fill in new oil.. Can you explain it.. What is the symptoms when we overfill the compressor oil and what is the solution

    1. waalaikumusalam. first, come in to branch azbi centre, we check and explain detail to you about this problem. we also give you the best solution depend on your situation system..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =

Back To Top