KENALI MINYAK COMPRESSOR ANDA SEBELUM TERLAMBAT
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

KENALI MINYAK COMPRESSOR ANDA SEBELUM TERLAMBAT!!

Minyak Compressor aircond kereta sama seperti minyak kebanyakan yang lain, minyak compressor aircond kereta juga mempunyai fungi yang sama iaitu sebagai sistem pelincir dalam sistem aircond kereta. Minyak compressor akan digunakan untuk melincirkan permukaan yang pergeseran. Jika tidak terdapat pelinciran maka kompenan-kompenan yang berlaku pergeseran akan habis dengan cepat dan akan ada haba yang berlebihan dan bunyi yang kasar apabila compressor aircond kereta dihidupkan.

Itu serba ringkas tentang fungsi minyak compressor pada sistem aircond kereta. Minyak compressor akan berubah warna sekiranya tidak tukar seperti yang dijadualkan.

Warna Minyak Compressor

Minyak compressor pada asalnya berwarna jernih dah bersih. Warna minyak compressor berperanan penting untuk menentukan sama ada minyak compressor masih baik digunakan ataupun sudah perlu ditukar bagi memastikan mengelak masalah sistem hitam pada sistem compressor. Minyak compressor yang baik adalah minyak compressor yang berwarna jernih dan minyak compressor perlu ditukar setiap 3 tahun sekali mengikut cara anda penggunaan kereta anda.

Minyak compressor warna kuning sebegini masih elok digunakan tapi perlu berjaga-jaga untuk membuat full servis pada sistem aircond dan membuat penukaran minyak compressor. Sekiranya anda membiarkan minyak compressot warna sebegini boleh mengakibatkan minyak compressor akan menjadi semakin hitam dan risiko untuk berlaku kerosakkan pada sistem aircond kereta.

Sekiranya minyak compressor sudah bertukar hingga ke warna coklat. Anda sebagai pengguna kereta yang mempunyai sistem aircond sudah perlu dibawa ke mana-mana bengkel aircond untuk membuat pemeriksaan. Jika dibiarkan minyak compressor sebegini besar kemungkinan kos pembaiki semakin besar dan risiko masalah sistem hitam adalah besar.

Minyak compressor sudah menjadi warna hitam. kebiasaan warna hitam sebegini mengakibatkan masalah sistem yang kritikal dan kos pembaiki yang sangat besar. Ini kerana semua kompenan-kompenan yang ada didalam sistem aircond kereta turut mengandungi minyak compressor warna hitam dan tidak dapat dibersihkan sekiranya dicuci.

Untuk solusi masalah minyak compressor hitam, disarankan untuk menukar satu sistem aircond kereta kerana sistem aircond tidak dapat dibersihkan. Besar kemungkinan masalah akan kembali semula selepas 6 bulan sekiranya hanya membuat cuci sistem aircond apabila anda mengalami masalah sistem hitam.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =

Back To Top