BERHENTI DI TRAFFIC LIGHT AIRCOND KERETA JADI PANAS
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

BILA KERETA BERHENTI DI TRAFFIC LIGHT AIRCOND KERETA JADI PANAS. INI PUNCANYA

Masalah ini adalah masalah aircond yang paling famous sekali, bila kereta berjalan aircond rasa sejuk macam biasa akan tetapi bila aircond panas bila kereta berhenti di parking park atau di traffic light. Masalah sebegini hampir semua aircond kereta panas yang terjadi apabila buat pemeriksaan di semua cawangan Azbi Centre..

Masalah ini sebenarnya boleh dicegah daripada awal iaitu dengan menjaga servis aircond daripada awal.. tetapi bagaimana pula dengan aircond kereta yang sudah mengalami masalah sebegini. Apa yang perlu dilakukan bagi mengatahuai punca masalah sebenar sekiranya anda mengalami masalah begini di masa akan datang.

Apa punca berlaku masalah aircond kereta tak sejuk sebegini? Ini yang anda perlu periksa. Kebiasaannya ada 3 kemungkinan yang besar menjadi punca masalah aircond kereta rosak :

1. Fan Motor

Motor kipas ini kalau kita buka ruang enjin memang terus nampak. Ada kereta menggunakan 2 jenis fan motor iaitu radiator fan dan aircond fan sebagai contoh Proton Wira. Ada juga yang hanya pakai satu fan motor contohnya Perodua Myvi.

Sekecil-kecil masalah seperti fuse putus atau relay rosak cukup untuk memberi masalah kepada fan motor. Dan tentu sekali fan motor sendiri pun berkemungkinan bermasalah kerana fan motor adalah sejenis part “Wear & Tear” maksudnya pakai buang sebab tak boleh di repair dah.

2. Gas Aircond Kurang

Bila gas aircond kurang, compressor tak dapat menyejukkan aircond kereta anda ketika anda berhenti di traffic light. Sebaliknya bila kereta dalam keadaan bergerak, enjin akan mengepam compressor dengan lebih kuat. Sebab itu lagi laju anda bawa kereta lagi sejuk aircond anda rasa.

Tapi awas, sistem aircond boleh bocor menyebabkan gas aircond kereta tak ada langsung yang tinggal dalam sistem. Ketika ni aircond kereta anda langsung tidak akan berfungsi. Jom tengok contoh kebocoran gas yang berlaku dekat komponen cooling coil dan compressor. Sebaiknya kalau ada kebocoran rujuk dengan mekanik aircond anda dan repair secepat mungkin.

3. Compressor Loose Power (Rosak)

Ini adalah kes paling teruk , bermakna poket anda akan bocor. Compressor adalah part paling mahal dalam sistem aircond. Compressor ni biasanya takkan rosak dalam tempoh setahun dua. Yang biasa terjadi anda dah pakai sampai 7,8,9 dan ada juga yang sampai 10 tahun tanpa servis langsung.

Dekat sini kami amat tekankan anda buat Servis Flushing paling kurang setahun sekali, baru la compressor susah rosak dan boleh pakai compressor dengan tempoh yang panjang.

Setakat ni saja perkongsian kali ni. Sekiranya ada ada sebarang pertanyaan mengenaik masalah aircond kereta boleh hubungi ke no 012 -903 5992 atau boleh terus ke branch kami yang terdekat untuk buat periksaan percuma.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 5 Comments

  1. Bang kalau aircond kereta begegar masa on aircond..tp keta x jalan…tp bila tekan minyak n rpm tinggi n keta jln aircond x pula gegar.apa masalah ya bang? Keta sy viva…

  2. Salam bang,saya dah service bersihkan aircond saya kos dia hampir rm300.selepas 2bulan aircond kereta saya kembali asal dan tidak sejuk malah tiap kali pasang aircond dia keluarkan habuk2 putih. Boleh saya tau apa yang rosak supaya tidak ditipu oleh sesetengah pomen?

    1. waalaikumusalam. masa buat servis aircond, apa barang yang ditukar ye? kemudian boleh tahu kereta model jenis apa dan kerap jaga servis tak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 8 =

Back To Top