Aircond Kereta Tak Sejuk, Buat Cara Ni
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

Aircond Kereta Tak Sejuk, Buat Cara Ni, Satu Sen Pun Tak Keluar!

Betul! Cuaca kat Malaysia ni lagi-lagi waktu tengahari, fuhh panas mcm dalam oven lah kalua aircond kereta panas!

Lebih lagi bila anak-anak pun bersama kita masa tu, kesian merah-merah muka!  

Nak hantar repair dekat bengkel dalam masa terdekat, duit pula banyak nak guna untuk keperluan lain, dilemma dibuatnya…

aircond kereta tak sejuk

Jadi, abg Azbi nak share satu tips atau cara untuk selesaikan masalah aircond kereta tak sejuk ni… Tanpa mengeluarkan duit satu sen pun, aircond kereta korang akan lebih padu dari biasa!

aircond kereta tak sejuk

Tak laa macam duduk dalam oven!

Serius aircond kereta terus sejuk! Takperlu ke bengkel boleh buat sendiri je… tak sampai 5 minit pun, jom try!

Aircond kereta tak sejuk ni banyak factor boleh jadi punca masalah, antaranya compressor loss power, cooling coil kotor, system tersumbat akibat tak servis aircond kereta, gas aircond kereta bocor, masalah wiring dan macam-macam lagi!

Tapi, kadang-kadang masalah penapis habuk ni atau Cabin Air Filter ni penuh dengan habuk je! Jadi boleh laa try cara ni dulu sebelum ke bengkel…

Cara-caranya mcm ni…

aircond kereta tak sejuk

Buka drawer dekat dashnoard tempat penumpang depan dan tarik keluar

aircond kereta tak sejuk

Korang akan nampak satu box hitam, buka penutup box tu

aircond kereta tak sejuk

Tarik keluar penapis segi empat tu

Bersihkan sampai korang puas hati

Letak balik ke slot

Tutup penutup box dan pasang semula drawer

Siap!

Lagi satu nak pesan, buat masa enjin kereta OFF ye, lepas siap cuci dan pasang boleh ON enjin dan test aircond kereta korang…

Kebiasaanya jenis kereta model Proton, Perodua dan kebanyakan Honda penapis habuk kedudukan dekat situ, tapi utk model kereta lain, ada yang duduk dalam dashboard, jadi nak DIY sendiri tu memang tak boleh, minta lah bantuan pakar…

Jika dah bersihkan tapi sama juga aircond tak sejuk, ada masalah teknikal lain lah tu! Boleh ke cawangan Azbi Centre yang berdekatan dengan korang, untuk dapatkan pemeriksaan aircond kereta secara PERCUMA sahaja!

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam :
www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.
wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/6018
2494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − eight =

Back To Top