AIRCOND KERETA MENJADI PANAS APABILA KERETA BERHENTI
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

AIRCOND KERETA MENJADI PANAS APABILA KERETA BERHENTI.

Aircond kereta ni cukup sinonim untuk negara kita. Tambahan pula negara agak panas jadi aircond kereta sangat diperlukan bagi memberi keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang kereta.

Sekiranya berlaku masalah aircond kereta akan menyebabkan sistem aircond kereta tidak berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan aircond kereta bertukar menjadi panas.

Antara masalah aircond kereta yang sering berlaku adalah situasi aircond kereta akan panas apabila kereta dalam keadaan berhenti seperti dilampu isyarat atau kesesakan jalan raya.

Tetapi sekiranya kereta dalam keadaan bergerak, aircond kereta akan kembali sejuk seperti apa yang kita inginkan.

Ini merupakan masalah aircond kereta yang kerap berlaku kepada semua pengguna kereta.

Apa punca berlaku situasi macam ni?

Ada 3 kemungkinan yang mungkin menjadi punca masalah aircond kereta ini berlaku.

1.Fan Motor Aircond Kereta Rosak :-

Bila kita buka bahagian enjin kereta memang akan terus nampak motor kipas dibahagian depan enjin. Ada kereta menggunakan 2 jenis Fan Motor iaitu Radiator Fan dan Aircond Fan sebagai contoh Proton Wira. Ada juga yang hanya pakai satu Fan Motor contohnya Perodua Myvi.

Sekecil-kecil masalah seperti fuse putus atau relay rosak akan memberi masalah kepada Fan Motor. Atas faktor ini, bila fan motor rosak aircond kereta akan panas waktu kereta dalam keadaan berhenti.

2. Gas aircond kurang :-

Bila gas aircond kurang, compressor tak dapat menyejukkan aircond kereta anda ketika anda berhenti di lampu isyarat. Sebaliknya bila kereta dalam keadaan bergerak, enjin akan mengepam compressor dengan lebih kuat. Sebab tu lagi laju kita bawa kereta lagi sejuk aircond kereta kita rasa.

3. Compressor :-

Compressor bahagian yang paling penting dalam sistem aircond kereta. Sistem aircond bergantung penuh pada kuasa compressor dan compressor diibaratkan seperti jantung aircond kereta.

Jika compressor anda dalam keadaan lemah ini yang mengakibatkan aircond kereta anda akan panas bila kereta dalam keadaan berhenti. Kerana pada compressor anda tidak mampu untuk mengepam dalam keadaan kereta berhenti.

Tetapi bila kereta dalam keadaan bergerak, compressor anda kembali mengepam dan kondisi aircond akan sejuk semula.

Dalam masalah ni compressor sudah “Loss Power”. Solusinya adalah tukar compressor baru dan buat full servis untuk sistem aircond.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three − one =

Back To Top