AIRCOND KERETA BERBAU
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

AIRCOND KERETA BERBAU

Bila on aircond kereta je mesti ada bau bau yang kurang menyenangkan, tentu ramai pengguna kereta pernah mengalami situasi seperti ini. Ada bau busuk macam bau bangkai haiwan, bau masam, bau kepam dan macam-macam lagi lah kalau nak di senaraikan.

Ada juga yang mengalami masalah pada permulaan je on aircond kereta akan berbau buruk, dalam 10 minit lepastu hilang bau.

Jika anda pernah alami masalah aircond kereta berbau macam ni, tak kira masalah yang pertama atau kedua, punca nya adalah daripada sistem aircond kereta anda yang kotor!

Apa yang kami maksudkan di sini, kitaran udara yang terhasil akan berbau busuk akibat habuk-habuk dan bendasing yang berkampung di dalam sistem aircond kereta anda, seperti contoh cooling coil aircond kereta yang berhabuk tebal, blower aircond kereta yang memerangkap habuk dan tidak pernah dibersihkan, begitu juga dengan cabin air filter aircond kereta yang mungkin anda tak pernah check pun!

aircond kereta
aircond kereta
aircond kereta
aircond kereta

Macam mana nak maintain kebersihan sistem aircond kereta ni? Mudah hanya perlu konsisten dalam penjagaan servis aircond kereta, boleh mula awal lagi baik.

Aircond kereta bagi kereta yang berusia 3tahun dan ke atas sebenarnya sudah wajib buat servis aircond kereta sekurang-kurangnya satu tahun sekali atau setiap 60,000km mileage.

Setiap bengkel ada cara servis aircond kereta tersendiri, tetapi pastikan ianya melingkungi aspek seperti dibawah, jika anda belum buat macam ni bermakna sistem aircond kereta anda tidak di servis dengan baik dan  berkesan

Servis aircond kereta merangkumi :

  1. Tukar expansion valve – jika lama tak tukar, valve ini boleh tersumbat dan menganggu kualiti aircond kereta
  2. Tukar receiver drier – sama seperti valve juga, ia boleh tersumbat dan menganggu kualiti aircond kereta
  3. Tukar cabin air filter – ia adalah ibarat penapis yang menapis sebahagian besar habuk supaya tak tebus masuk ke cooling coil
  4. Tukar oring – ia penting untuk mengelakkan ada bocor2 halus yang boleh menjadi punca gas aircond kereta cepat habis
  5. Tukar/tambah oil compressor
  6. Cuci cooling coil dan blower – Tentu habuk dah menebal tu! Jadi sangat disarankan utk cuci cooling coil, baru lah bersih
  7. Top up gas – setelah selesai semua, top up gas aircond kereta anda.

Ini baru betul servis aircond kereta, bukan cuma top up gas sahaja.

Jika kereta anda masih baru, usia 1-2 tahun, anda boleh buat servis aircond kereta menggunakan mesin flushing untuk membersihkan sistem. Ingat! Jika kereta anda sudah melebihi 3tahun, method ini mungkin tidak sesuai.

Anda perlukan bantuan pakar aircond kereta atau ada pertanyaan lanjut, boleh sentiasa hubungi kami!

Bila sistem aircond dah bersih, baru lah aircond kereta sejuk dan udara pun terjamin kebersihanya.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 19 =

Back To Top