7 TIPS PENJAGAAN AIRCOND KERETA TERBAIK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

7 TIPS PENJAGAAN AIRCOND KERETA TERBAIK

Selain daripada penjagaan enjin kereta, sistem aircond atau penyaman udara kereta juga perlu dijaga diperiksa dan perlu servis secara berjadual. Sistem aircond kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh Compressor. Gas ini akan mengalir melalui condenser dan seterusnya akan melalui ke cooling coil yang berada di dalam bahagian kereta dan dibantu oleh blower yang akan meniup angin melalui cooling coil dan mengeluarkan angin yang bersuhu sejuk.

Secara asas begitulah kesimpulan pusingan sistem aircond kereta. Untuk menjaga  jangka masa yang panjang sistem aircond kereta.. aircond kereta perlu dijaga servis setiap tahun dan ini tips penjagaan untuk sistem aircond kereta..

1. Jaga servis setahun sekali

Sebenarnta kalau jaga servis setahun sekali adalah sangat baik jika aircond kerap digunakan. Bukan saja boleh jaga cooling coil tahan sampai maximum 15 tahun, komponen lain pun boleh tahan lama. Terutama Compressor pun boleh tahan 15 tahun. Banyak sangat Boleh JIMAT!

2. Cuci / Tukar Cabin Air-Filter

Kalau aircond kerap guna, sangat bagus jaga penapis angin atau cabin air-filter. Minimum 1 bulan sekali bila buat servis enjin, boleh tukar sekali cabin air-flter sendiri. Jimat & bagus untuk sistem.

Kalau tak jaga ia boleh jadi punca cooling coil terlalu kotor dan angin blower tak kuat, sebab tu aircond tak berapa sejuk.

Lebih kronik lama kelamaan cooling coil boleh bocor. Kos repair mmg MAHAL!

3. Jangan buka suhu maksimum

Kalau guna aircond, ejas suhu tempreture jangan terlampau sejuk, paling rendah 20 celcius, jangan letak smpai 17 celcius.

Sebab apa?

Tak elok untuk compressor kerana terpaksa kerja kuat. Kecuali kalau terlampau panas boleh la. Tapi jangan biasakan.

4. Jangan Tambah gas!

Pelik kan? Tapi itu realiti yang abang azbi nak share, ramai suka fikir bila kurang sejuk je tambah gas. Salah tu! Boleh jahanam compressor!

Kalau gas habis, baru ade bocor. Yang ni seeloknya check mana yang bocor, jangan suka tambah-tambah gas semata. Compressor tak tahan & mungkin menyebabkn masalah lebih kronik komponen lain pun akan rosak jugak.

5. Bawa kereta dengan berhemah.

Pernah dengar ayat “jalan raya bukan tempat berlumba”? Hehehe

Lebih kurang camtu la abang azbi nak nasihat. Kalau nk JIMAT, nak aircond sistem tahan sampai 15 tahun, bawak kereta tu dengan berhemah. Cara tukar gear, kelajuan yang tidak membahayakan.

Kadang-kadang cara pemanduan juga boleh menjimatkan. Sebab kelajuan compressor mengikut kelajuan enjin, bayangkan laju sampai 200km sejam?

Tak menangis compressor tu? sebab tu F1 takda aircond..hahaha

6. Jangan ubahsuai system

Ni satu lagi, kalau aircond tak cukup sejuk, jgn memandai ubahsuai. Tambah condensor, tambah kipas condensor, tambah reciever drier, compressor buat direct dan lain-lain..

Kadang-kadang ubahsuai enjin pun ada kesan pada kualiti aircond!

Kalau nak buat pastikan duit korang banyak dalam akaun..hehehe

Ada duit, apa pun boleh. Takda duit..standard pun sampai jugak kan?..hahaha

7. Jangan banyak “pomen”

Tips last untuk jimat, cari panel khas untuk repair aircond bila ada masalah. Jangan banyak “tangan” sebab bila banyak tangan nanti solution repair pun berbeza. Mungkin kos akan jadi lebih mahal.

Kenapa penting satu kedai je repair? Sebab pomen tu je yang tau apa yang terbaik & sesuai bajet serta kondisi sistem aircond korang.

Berdasarkan pengalaman abang azbi, setiap masalah aircond berbeza solusi untuk repair, ikut pada tahun & faktor lain yang akan mempengaruhi kualiti sejuk selepas baikpulih.

The best price is from the best SOLUTION.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 8 Comments

  1. salam, boleh sy tahu anggaran lasan untuk servis aircond honda jazz. secara kasar aircond tiada apa2 masalah buat masa ni. kereta sudah digunakan selama 2 tahun setengah (50k mileage).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − five =

Back To Top