7 TANDA AIRCOND KERETA ANDA ROSAK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

7 TANDA AIRCOND KERETA ANDA ROSAK

Setiap kereta yang baharu yang dilancarkan selepas 5 tahun pasti akan mengalami kerosakan. Sebagai pengguna kereta yang bijak, anda seharusnya membuat persediaan bagi mencegah kerosakan yang maksima yang boleh menelan belanja kos yang besar.

Jadi disini, sebagai penguna kereta yang bijak anda seharusnya perlu mengatahui dan mengenal komponen-komponen aircond kereta yang selalu mengalami tanda-tanda kerosakan dan masalah yang sering berlaku pada sistem kerosakan aircond kereta anda.  artikel ini dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond kereta anda.
Komponen tersebut seperti berikut:-

1.Compressor 


Pada kompressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada compressor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada compressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond apabila dihidupkan. Bila terdapat tanda seperti ini periksa dengan menyentuh disekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam pada compressor tersebut berkemungkinan telah rosak. Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi ,compressor tersebut juga mengalami kerosakan bearing. Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.

 

2.Cooling Coil


Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal didalam kereta, ini kemungkinan besar berpunca daripada cooling coil anda. Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas. Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil. Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar cooling coil yang baru atau melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut. Ia bergantung pada kondisi cooling coil itu sendiri sama ada masih boleh nenampal atau tidak.

3.Expansion Valve


Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil. Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.

4.Kipas aircond


Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta. Komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk sama sekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa. Gantikan motor kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat.

5.Condenser


Banyak kereta yang mengalami masalah condenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada condenser. Walaupun ramai diantara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada condenser. Kerosakan pada condenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah. Apabila memeriksa condenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas condenser anda rosak sama sekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan paip pada condenser .

 

6.Suis aircond


Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil. Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi. Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti compressor dalam keadaan baik. Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.


7.Gas aircond Kurang

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian. HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond expansion valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda. Periksa ketegangan belting pada compressor dan ketatkan jika perlu. Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

This Post Has 4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × one =

Back To Top