7 MASALAH AIRCOND KERETA PANAS DAN PUNCA KEROSAKANNYA
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

7 MASALAH AIRCOND KERETA PANAS DAN PUNCA KEROSAKANNYA

Negara kita amat memerlukan kereta yang mempunyai sistem penghawa dingin (aircond) bagi memberi keselesaan kepada pengguna kereta ketika memandu. Ini kerana negera kita terkenal dengan cuaca panas jadi dengan adanya sistem aircond kereta ini dapat membantu untuk mengurangkan haba panas dan memberi suhu sejuk kepada pemandu kereta ketika menggunakan kereta. Aircond kereta ini dapat  memberi keselesaan kepada pengguna, lebih-lebih lagi kepada pengguna kereta yang sudah berkeluarga.

Secara kesuluruhannya, negara kita sangat perlukan aircond kereta dan disini saya akan kongsikan kepada semua mengenai masalah aircond kereta sekiranya aircond anda tiba-tiba panas dan mengalami kerosakan . Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi panduan kepada semua pengguna mengenai informasi masalah aircond kereta.

1. AIRCOND PANAS WAKTU TENGAHARI TAPI SEJUK WAKTU MALAM DAN HUJAN

Waktu malam dan hujan aircond kereta sejuk akan tetapi apabila waktu tengahari aircond akan mulai panas. Jika kereta anda mengalami masalah begini, besar kemungkinan ada dua faktor yang menyebabkan masalah begini. Faktor pertama sistem aircond anda tersumbat, faktor aircond tersumbat ini kerana aircond kereta tidak pernah buat servis aircond. Apabila aircond tidak buat servis secara tidak langsung filter drier dan expansion valve kereta anda tersumbat. Apabila sistem aircond anda tersumbat solusinya adalah anda perlu membuat servis aircond dan perlu menukar filter drier dan expansion valve.

Manakala untuk faktor kedua ialah compressor anda sudah keadaan lemah. Punca utama compressor menjadi lemah kerana anda mungkin tidak pernah membuat servis aircond sepanjang menggunakan kereta. Jaga servis aircond kereta anda demi menjaga jangka hayat compressor aircond anda.

 

2. AIRCOND KERAP TOPUP GAS TAPI AIRCOND AKAN KEMBALI PANAS

Masalah begini kemungkinan besar ada masalah bocor pada sistem kereta aircond anda, ini kerana gas aircond kereta tidak akan habis sekiranya tak ada bocor. Bila kerap top up gas atau tambah gas tapi hanya sejuk dalam beberapa hari sahaja anda perlu buat pemeriksaan untuk kenalpasti punca kebocoran tersebut. Masalah kebocoran boleh berlaku pada bahagian dalam dashboard iaitu di cooling coil atau bahagian di bahagian luar seperti compressor, condenser atau paip-paip aircond. Jadi anda perlu segera ke bengkel untuk buat pemeriksaan untuk kenalpasti punca kebocoran sebenar.

3. AIRCOND BAU BUSUK

Sekiranya anda hidupkan aircond kereta dan anda mendapati ada bau yang kurang selesa selepas menghidupkan aircond. Kemungkinan besar ada sesuatu disebalik dashboard kereta anda ini kerana pernah berlaku ada bangkai cicak dan najis tikus di dalam dashboard kereta dan kotak cooling coil. Jadi anda kena buang dan bersihkan untuk menghilangkan bau busuk tersebut supaya dapat aircond anda tidak ada masalah bau busuk lagi.

4. BUNYI BISING APABILA HIDUPKAN AIRCOND

Selapas anda hidupkan aircond kereta dan anda mendapati bunyi bising dibahagian enjin kereta anda. Untuk masalah bunyi bising begini ada beberapa faktor yang boleh menjadi punca aircond anda berbunyi. Antaranya adalah masalah piston didalam compressor anda yang bergesel , belting aircond terlalu longar atau kendur atau reput dan mungkin masalah magnet clutch. Jadi masalah bunyi bising sebegini sebaiknya anda perlu ke bengkel untuk buat pemeriksaan punca masalah sebenar.

5. AIRCOND AKAN PANAS APABILA KERETA BERHENTI DI LAMPU ISYARAT ATAU KESESAKAN LALU LINTAS

Masalah ini adalah masalah yang kerap kali terjadi bagi pengguna kereta. Apabila aircond dihidupkan dan kereta dalam keadaan bergerak, aircond akan sejuk seperti suhu yang kita tetapkan. Tetapi apabila kereta dalam keadaan tidak bergerak seperti di lampu isyarat atau didalam kesesakan lalu lintas, aircond anda secara tiba-tiba akan panas. Masalah begini ada dua faktor iaitu sama ada compressor aircond kereta anda sudah lemah atau kipas condenser kereta anda rosak dan tidak berfungsi. Untuk mengenal masalah sebenar anda perlu ke bengkel untuk kenalpasti punca masalah sebenar.

6. AIRCOND BAHAGIAN DEPAN SEJUK TAPI AIRCOND BAHAGIAN BELAKANG PANAS

Masalah aircond ini berlaku khas MPV, kereta MPV mempunyai dua blower aircond dibahagian depan dan juga dubahagian belakang. Kedua-dua bahagian aircond tersebut boleh melaraskan tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kebiasaanya masalah dua blower aircond ini adalah aircond dibahagian depan sejuk tetapi akan blower belakang panas. Punca masalah begini adalah sama ada sistem aircond tersumbat atau kekurangan gas aircond. Jadi anda boleh ke bengkel untuk kenalpasti punca masalah sebenar.

7. AIRCOND KERETA SEJUK TIBA-TIBA BERTUKAR MENJADI PANAS

Selepas anda hidupkan aircond kereta dan anda bergerak ke tempat destinasi anda. Tetapi dalam berjalanan tiba-tiba aircond kereta anda yang tadinya sejuk bertukar menjadi panas tanpa anda mengusik apa-apa di panel aircond. Jika kereta anda ada mengalami masalah begini, ini kemungkinan magnect clutch anda mengalami kerosakan.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 2 Comments

  1. Kompressor dan cooling coil bru tukar . Dan hari pertama aircond sejuk . Tapi hari kedua aircond kurang sejuk . Apa puncanya ?

    1. Cuba periksa bacaan gas nanti, kena buat pemeriksaan di mana-mana bengkel aircond kereta. gas kurang boleh menyebabkan aircond kereta kurang sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =

Back To Top