7 Keadaan Yang Tidak Mendapat Perlindungan Daripada Takaful
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

7 Keadaan Yang Tidak Mendapat Perlindungan Daripada Takaful Atau Insurans Kenderaan

Sudah menjadi syarat wajib di negara ini untuk setiap pemilik kenderaan seperti motorsikal dan juga kereta, perlu mempunyai takaful atau insurans setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan. Tetapi jika ditakdirkan berlaku situasi di bawah, takaful atau insurans  anda tidak akan dilindungi?

1. Kerosakan akibat rusuhan

Segala kerosakan terhadap kenderaan anda yang disebabkan oleh rusuhan dan perbalahan tidak dilindungi polisi insurans. Tetapi perkara ini tidaklah merisaukan sangat kerana negara kita ni kurang berlaku rusuhan. Walau bagaimanapun  kita juga perlu berhati-hati sejak beberapa tahun ini semakin banyak perhimpunan yang diadakan di kota raya.

Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan berlaku rusuhan, sebarang kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan anda tidak akan dilindungi oleh syarikat takaful atau insurans. Jika mahukan perlindungan lebih, boleh pohon polisi tambahan dan membayar sedikit untuk mengaktifkan perlindungan tersebut.

2. Aksesori

Kepada peminat kereta yang beraksesori, mungkin anda perlu pertimbangkan semula niat anda. Jika anda minat memasang aksesori seperti sport rim, sound system dan sebagainya, boleh pertimbangkan untuk mengambil polisi tambahan. Ini kerana syarikat takaful atau insurans tidak akan melindungi anda sekiranya aksesori kenderaan tersebut dicuri.

3. Bencana Alam

Jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir,rebut dan tanah runtuh.  Memang patut jika anda mengambil polisi perlindungan bencana alam ni. Ini kerana kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya tidak dilindungi oleh pihak takaful atau insurans.

4. Kenderaan Dipandu Orang Lain

Syarikat takaful atau insurans tidak akan membayar apa-apa pampasan sekiranya berlaku kemalangan sekiranya kereta itu dipandu oleh ahli keluarga mahu pun rakan anda, polisi Syarikat takaful atau insurans anda tidak akan membayar ganti rugi untuk membaiki kereta anda.

Perkara ini boleh diselesaikan dengan membayar RM 400 kepada syarikat insurans anda jika anda masih ingin buat tuntutan ke atas kerosakan itu. Tetapi cara yang lebih murah dan mudah adalah dengan menambah pemandu lain ke dalam polisi anda. Setiap nama yang ditambah dikenakan harga RM10 sahaja. Mana lagi murah? RM10 atau RM400?

5. Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang dan Untuk Penumpang

Sekiranya kenderaan  anda terlibat dalam kemalangan, hanya anda sahaja yang akan dilindungi. Penumpang kenderaan anda tidak akan mendapat sebarang pampasan. Jika anda mahu penumpang juga turut mendapat pampasan, anda boleh membeli polisi tambahan iaitu Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang.

Jika penumpang kenderaan pula yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lain,contohnya penumpang kereta anda membuka pintu dan menyebabkan kecederaan pada motosikal.Polisi kenderaan anda tidak  melindungi anda atas kes sedemikian.  Jadi anda boleh menambah polisi Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang.

Sebagai maklumat tambahan, sekiranya kita ingin memandu ke Singapura, diwajibkan untuk mengambil kedua-dua polisi tambahan ini

6. Kerosakan Total (Total Loss)

Ramai pengguna kereta membeli kereta dengan membuat pembiayaan dengan pihak bank, tetapi tahukan anda jika kenderaan rosak teruk akibat kemalangan yang tidak dapat lagi dibaiki lagi. Syarikat takaful atau insurans hanya akan membayar pampasan berdasarkan harga semasa kenderaan tersebut.

Dan pada kebiasaannya, jumlah pampasan adalah lebih rendah berbanding baki pembiayaan atau pinjaman disebahkan faktor susut nilai kenderaan dan juga kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

7. Kecederaan dan Kematian

Ramai yang sebenarnya tidak tahu tentang ini bahawa polisi takaful atau insurans kenderaan tidak akan melindungi kita sekiranya berlaku kecederaan atau kematian. Jika berlaku kemalangan disebabkan oleh orang lain, polisinya akan membayar kepada anda ke atas kecederaan diri anda.

Tetapi jika kita yang menyebabkan kemalangan tersebut, kita perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk menanggung segala kos perubatan kita sendiri. Kerana inilah rakyat Malaysia perlu ada takaful perubatan bagi menampung kos perubatan sendiri.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × three =

Back To Top