5 TIPS AIRCOND KERETA SENTIASA SEJUK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

5 TIPS AIRCOND KERETA SENTIASA SEJUK!

Sewaktu suhu panas melampau seperti yang sering dialami dekat Malaysia, memang spoil mood bila tengah memandu, aircond kereta pulak panas, memang rasa macam dalam oven lah!

Masa ni memang menharap salji turun, baru lah sejuk. OK, itu mustahil! tetapi bersyukurlah kerana kereta-kereta moden kini telah dilengkapi dengan aircond kereta yang boleh korang nikmati sepanjang perjalanan ataupun di dalam kesesakan trafik.

Tapi, korang tahu tak ada tatacara penggunaan aircond kereta yang efektif. Supaya dapat sentiasa sejuk sepanjang pemanduan! Ni kami nak citer kat korang sikit!

Kita cuma perlu tekan butang ‘On’ dan laraskan suhu yang dikehendaki, selebihnya akan diuruskan oleh sistem itu sendiri. Tetapi sebenarnya ada langkah-langkah lain yang boleh diikuti agar sistem aircond kereta korang lebih efisien.

1. CARA PALING ASAS

Cara paling berkesan agar aircond kereta cepat sejuk ialah memastikan kereta korang berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung. Kami tahu bukan senang untuk mencari tempat teduh terutamanya di tempat parkir terbuka tetapi jika ada ianya satu bonus untuk korang.

Satu kelebihan jika korang tahu di mana bayang bangunan akan berada pada waktu tertentu jika korang meletakkan kereta korang dicelah-celah bangunan sewaktu pergi ke tempat kerja.

Biasanya jika satu-satu petak itu disinari cahaya matahari pada waktu pagi, menjelang tengah hari atau petang ia akan dibayangi bayang bangunan (pastikan ada bangunan la bukan guard house saiz kotak mancis).

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta.

Alah, berapa sangatlah harganya. Ini juga akan mengurangkan kesan rumah hijau kepada bahagian dalam kereta anda.

2. CARA KLASIK ABAH-ABAH SELALU BUAT

Jika langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan dalaman kereta korang sama panas macam oven masak kuih raya baru baru ni, adalah lebih baik jika korang salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta korang sebelum menghidupkan aircond kereta.

Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta korang seketika.

Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah (jika ada). Inertia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang satu lagi.

Teknik ini juga sesuai digunakan jika korang terlepas buang angin akibat makan telur rebus sewaktu dalam perjalanan tadi.

3. MULAKAN DENGAN TETAPAN ‘LOW’ 

Korang mesti tak suka kalua orang kejutkan korang secara mengejut di tengah malam buta pulak, kan? Silap-silap dapat tendangan sisi free!

Begitu juga dengan aircond kereta, mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu.

Jangan main terjah saja. Bahkan jika aircond kereta anda mempunyai mod ‘Auto’, perhatikan yang biasanya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.

4. SENTIASA GUNAKAN MODE “RECIRCULATION”

Bila aircond kereta sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Ini akan menyebabkan aircond kereta korang bekerja dengan lebih relaks.

5. SERVIS BERKALA 

Sama seperti system enjin kereta, sistem aircond kereta juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi.

Komponen-komponen seperti expansion valve dan filter drier juga perlu ditukar untuk memastikan aircond kereta anda beroperasi secara optima.

AKHIR KATA

Korang sepatutnya kena tahu yang sistem aircond kereta akan menjejaskan penggunaan bahan api anda. Kompresor perlukan sumber tenaga dan dengan kata lain ia berfungsi dengan bantuan enjin.

Satu lagi ialah jangan terlampau dalam menggunakan aircond kereta. Jika suhu di luar terlalu panas, jangan ghairah untuk menyejukkan kereta korang macam dalam igloo.

Tubuh manusia mempunyai hadnya, dan jika anda keluar ke bawah cahaya matahari dari kabin kereta yang sejuk, mau jatuh demam tau!

Suhu yang ideal untuk keselesaan kita sebenarnya memadai sekitar 24-25 darjah Celsius.

Pastikan juga korang dapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan aircond kereta yang telus dari bengkel yang dipercayai.

Korang juga boleh dapatkan pemeriksaan aircond kereta menyeluruh secara percuma di cawangan Azbi Centre berdekatan dengan korang, fahami dan dapatkan solusi yang berkesan untuk masalah aircond kereta korang segera!

Alah, call atau kalau malu-malu boleh whatsapp je abang2 Azbi Centre di bawah ikut cawangan yang berdekatan dengan korang :

Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − 3 =

Back To Top