5 PUNCA KENAPA AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

5 PUNCA KENAPA AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK

Ramai lagi yang masih tak tahu pasal servis aircond. Sebab selain daripada penjagaan enjin kereta, sistem aircond atau penyaman udara kereta juga perlu dijaga diperiksa dan perlu servis secara berjadual. Sistem aircond kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh Compressor. Gas ini akan mengalir melalui condenser dan seterusnya akan melalui ke cooling coil yang berada di dalam bahagian kereta dan dibantu oleh blower yang akan meniup angin melalui cooling coil dan mengeluarkan angin yang bersuhu sejuk.

Secara asas begitulah kesimpulan pusingan sistem aircond kereta. Untuk menjaga kereta pada jangka masa yang panjang sistem aircond kereta kereta perlu dijaga servis setiap tahun dan ini tips penjagaan untuk sistem aircond kereta.

 

1. Tak Jaga Servis Aircond .

Sebenarnya kalau jaga servis setahun sekali adalah sangat baik jika aircond kerap digunakan. Bukan saja boleh jaga cooling coil tahan sampai maximum 10 tahun, komponen lain pun boleh tahan lama. Terutama Compressor pun boleh tahan 10 tahun. Banyak sangat Boleh JIMAT!

2. Tak Tukar Cabin Air-Filter

Kalau aircond kerap guna, sangat bagus jaga penapis angin atau cabin air filter. Minimum  2 bulan sekali bila buat servis enjin, boleh tukar sekali cabin air flter sendiri. Jimat & bagus untuk sistem aircond. Kalau tak jaga ia boleh jadi punca cooling coil terlalu kotor dan angin blower tak kuat, sebab tu aircond tak berapa sejuk. Lebih parah lama kelamaan cooling coil boleh bocor. Kos repair mmg akan MAHAL!

 

3. Angin Aircond Berbau Hapak Dan Tidak Selesa

Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircond kereta anda atau aircond anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

4. Dalam Perjalanan Jauh, Selepas Beberapa Ketika, Aircond Tidak Sejuk

Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘ON’ dan ‘OFF’ aircond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi sehinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircond anda perlu di tukar.

 

5. Kipas Bergerak Laju Tapi Aircond Masih Tidak Sejuk

Cuba biarkan aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya ada kelihatan, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada compressor ke cooling coil tidak ada masalah. Tapi jika aircond masih juga tidak sejuk, kemungkinan injap yang mengawal kemasukan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang.

Ramai yang tersilap repair dan habis ribuan ringgit namun masalah aircond kereta tak selesai. Sepatutnya anda kena check sebaik mungkin apa masalah sebenar aircond kereta anda. Mekanik kami akan pastikan sebaik mungkin anda tahu dan faham apa punca sebenar masalah aircond kereta anda.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 18 Comments

  1. Aircond kereta saya xsejuk.. Bila krta jln baru rasa sejuk ckit… Bila check tekan d tempat isi gas kluar myak nk hitam gtu.. Knapa yea? Jln pnyelesaian yg dcadangkan?

    1. kereta jenis apa ye tuan? sistem aircond tuan dalam keadaan kritikal sebab minyak compressor tuan sudah nak bertukar menjadi warna hitam. masalah sebegini tuan perlu pergi ke bengkel untuk buat pemeriksaan sistem aircond tuan. sekiranya sistem aircond kereta tuan sudah menjadi hitam sepenuhnya, jalan terbaik untuk solusi masalah ini adalah kena tukar satu set aircond.

  2. Saya guna kereta saga blm. Aircond kereta saya tiba2 x sejuk dan hanya mengeluarkan angin. Saya bawa ke bengkel mereka kata kena tukar kompressor. Adakah ini mmg berkaitan dgn kompressor?

    1. boleh jadi salah satu punca masalah daripada compressor dan punca compressor masalah berpunca daripada tidak pernah buat servis aircond daripada awal.

  3. kenapa ye aircond kereta sy bila jalan aircond sejuk tp bila berhenti lama aircond tu jadi panas lagi2 kalu stuck kat jem???

    1. Ni masalah yang kerap berlaku.. pertama sekali kena check kipas di bahagian condenser dan kedua kena check juga untuk compressor.. kebiasaanya 2 faktor ni punca masalah ini terjadi..

  4. Kereta saya bila buka aircond ada bunyi berdengung yang kuat, boleh didengar dalam kereta, bila tekan minyak lagi kuat bunyi tu, aircond juga tak sejuk dan bila titiskan air dekat compressor tu air akan mendidih, kenapa ya ? Kenapa compressor tu boleh jadi panas macam tu sekali ?

    1. sebelum itu boleh tahu kereta model apa ye tuan? kemudian sekiranya ada masalah bunyi berdengung di bahagian dalam kereta, kena buat pemeriksaan dibahagian kotak cooling coil.

  5. Kereta saya proton satria. Coling coil baru valve baru compresser baru condenser baru tapi bila masuk gas sekejap je sejuk apa penyebab dia jadi macam tu ada kah valve tersumbat..gas penuh takda bocor

    1. ada tukar filter drier tak tuan? kalau ada kelapangan masa boleh singgah ke branch kami yang terdekat.

  6. Saya pakai kereta vios..baru2 ni saya telah servis aircond dgn tukar cooling coil dan valve.Lepas je servis aircond kereta saya jadi macam bercampur dgn udara/wap.Aircond still sejuk tapi bila pasang aircond terasa macam gas keluar bercampur udara/wap..Mcm mana yer tuan?apa mslh sebenarnye?

    1. ada bau gas aircond ke tuan? jika ada kelapangan masa nanti boleh singgah ke branch kami yang terdekat.

  7. Assalamualaikum
    Baru2 ni aircond sy x sejuk.so sy bawak ke bengkel.diorg cek n kata cooling coil prob.so tukarlah cooling coil tu…

    Tapi masalahnya aircond hanya sejuk beberapa ketika sahaja.kemudian panas balik.benti kejap..basahkan radiator..sejuk kejaplah aircond tu.ape pendpaat tuan dari kes sy ni

    1. waalaikumusalam tuan, tuan guna kereta apa ye? semasa tukar cooling coil baru tu ada buat servis aircond sekali tak?

  8. Kereta saya axia. Mula2 aircond keluar angin jd sy hantar kedai. Dia ganti cecair hijau dalam kereta. Ok dalam 2 minggu lepastu aircond tu keluarkan angin yang tak sejul balik. Rasa2 apa masalah kereta ni?

    1. samaada masalah sistema aircond kereta bocor atau compressor tak running, boleh singgah check di branch kami yang terdekat untuk kenalpasti punca masalah sebenar.

  9. vios saya Ni aircond mcm2 problem. Da tukar paip, da tukar magnet ..aircond gas nya asik abis…duit beratus da abis…hurmmmm….pergi balik tempat sama, Kali Ni die cakap coil plak… hurmmm

    1. Yeke tuan, kalau cmtu boleh dtg ke cawangan kami. kami check system semula utk lihat apa foreman sblum ni dah buat dan boleh berbincang dgn foreman kami utk solusi yg sesuai. free checking and consultation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 9 =

Back To Top