4 PUNCA COMPRESSOR AIRCOND KERETA TAK JALAN
  Nulled24
https://wordlpress.net/abc7898.txt
skip to Main Content

4 PUNCA COMPRESSOR AIRCOND KERETA TAK JALAN. APA YANG PERLU ANDA CHECK?

Compressor ni bahagian yang paling penting sekali didalam sistem aircond kereta dan compressor boleh diibaratkan seperti jantung. Jika compressor dalam keadaan baik secara automatik sistem aircond akan dalam keadaan baik. Begitu juga sekiranya compressor aircond kereta dalam keadaan kurang baik, secara tidak lansung akan menjejaskan kualiti kesejukkan dalam sistem aircond kereta anda.

Sekiranya tiba-tiba compressor aircond kereta anda tidak berfungsi, ini senarai yang anda perlu periksa sekiraya berlaki tiba-tiba compressor aircond kereta tidak berfungsi.

1- Fius / Relay Compressor Terputus

Litar elektrik daripada bateri kereta sangat penting bagi menjalankan sistem aircond kereta. Jika suis penyejukkan di ON kan, tiada kedengaran bunyi ‘klak’ pada compressor aircond yang biasa didengari dan hanya blower kipas sahaja yang berfungsi. Jelas di sini, suis ON/OFF aircond tidak mendapat arus elektrik dari bateri. Kemungkinan berpunca daripada fius ataupun relay aircond yang telah terbakar dan rosak. Jika fius atau relay telah rosak, perlu diganti dengan baru.

2- Magnet Clutch Rosak

Magnet clutch adalah komponen yang cukup penting di dalam sistem aircond kereta dan kedudukan magnet clutch didepan bahagian compressor. Kerosakan magnetic clutch akan membawa impak yang cukup besar bagi keberlangsungan aircond kereta anda. Salah satunya jika magnet clucth rosak boleh menyebabkan compressor tidak dapat berfungsi dan sistem aircond anda akan panas.

3- Sistem Aircond Bocor

Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya seperti di paip yang tidak ketat, sistem yang  bocor akibat bergesel atau berkarat. Sebenarnya gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir untuk memelihara compresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar dan meninggalkan kesan minyak pada bahagian yang terdapat kebocoran. Jika gas aircond sudah kosong disebabkan kebocoran makan compressor tidak akan dapat berfungsi.

4- Compressor Rosak

Sekiranya anda dapati semua senarai diatas sudah diperiksa dan semuanya dalam keadaan baik tetapi compressor aircond kereta masih dalam tidak berfungsi. Besar kemungkinan compressor aircond kereta anda yang mengalami kerosakkan dan sekiranya compressor aircond kereta yang rosak. Tidak disarankan untuk baiki tetapi sebaiknya tukar baharu kerana berdasarkan pengalaman itu akan lebih berkualiti untuk sistem aircond kereta anda.

Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda! 👇

Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta

–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248

Baca juga:

This Post Has 3 Comments

    1. Assalamualaikum tuan, okay kalau kes mcm ni sebaiknya boleh terus ke bengkel kami utk kami tgok jenis compressor, kalau boleh modi tapak, baru boleh pakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 7 =

Back To Top