BAGAIMANA AIRCOND KERETA BERFUNGSI? Aircond kereta anda sebenarnya berfungsi sebagai satu litar yang tertutup. Ia…

3 PUNCA COMPRESSOR AIRCOND KERETA TIDAK BERFUNGSI
Compressor bahagian yang paling penting dalam sistem aircond, compressor juga di ibaratkan seperti jantung, kuat atau lemah compressor tersebut boleh memberi kesan pada suhu aircond sistem kereta anda. ini kerana compressor akan berpusing dan “running” kan sistem aircond dan akan sejukkan aircond kereta anda.
Dan sekiranya compressor kereta anda tiba-tiba tidak berfungsi, ada beberapa punca yang anda boleh kenal pasti masalah tersebut. Ini antara puncanya :-
1 – Sistem Aircond Bocor
Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya seperti di paip yang tidak ketat, sistem yang bocor akibat bergesel atau berkarat. Sebenarnya gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir untuk memelihara compresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar dan meninggalkan kesan minyak pada bahagian yang terdapat kebocoran. Jika gas aircond sudah kosong disebabkan kebocoran makan compressor tidak akan dapat berfungsi.
2 – Fius / Relay Terputus
Litar elektrik daripada bateri kereta sangat penting bagi menjalankan sistem aircond kereta. Jika suis penyejukkan di ON kan, tiada kedengaran bunyi ‘klak’ pada compressor aircond yang biasa didengari dan hanya blower kipas sahaja yang berfungsi. Jelas di sini, suis ON/OFF aircond tidak mendapat arus elektrik dari bateri. Kemungkinan berpunca daripada fius ataupun relay aircond yang telah terbakar dan rosak. Jika fius atau relay telah rosak, baik lah diganti dengan baru.
3 – Magnet Clutch Rosak
Magnet clutch adalah komponen yang cukup penting di dalam sistem aircond kereta. Kerosakan magnetic clutch akan membawa impak yang cukup besar bagi keberlangsungan aircond kereta anda. Salah satunya jika magnet clucth rosak boleh menyebabkan compressor tidak dapat berfungsi dan sistem aircond anda akan panas.
Ada sebarang pertanyaan? Roger hotlline cawangan Azbi Centre pilihan anda!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/azbicentre
Instagram : https://www.instagram.com/azbicentre/
Youtube : https://www.youtube.com/c/AzbiCentrePakarAircondKereta
–> anda perlu bantuan team Azbi Centre tentang masalah aircond? :-
Hotline Customer – 012 903 5992
Sg Buloh : www.wasap.my/601111477163
Shah Alam : www.wasap.my/60183214136
Gombak : www.wasap.my/601111224551
Bangi : www.wasap.my/60182494348
Bukit Mertajam : www.wasap.my/60182212248
Taiping : www.wasap.my/601136002248
Baca juga:
[…] 3 Punca Compressor Tidak Berfungsi […]
[…] 3 Punca Compressor Tidak Berfungsi […]
[…] 3 Punca Compressor Tidak Berfungsi […]